Isu *LARANGAN* menteri kepada pihak berkuasa agama untuk menguatkuasakan Enakmen Syariah masih hangat dan mendapat sambutan di kalangan para pemimpin, ulama' serta rakyat Malaysia.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang berjanji akan menjelaskan perkara ini Isnin akhirnya tampil awal dengan menyalahkan pihak media.
Mujahid wajar mengemukakan saman kepada pengurusan dan editorial The STAR ONLINE bagi membersihkan nama beliau.
Setelah menonton wawancara beliau dengan pihak media, saya tidak berpendapat bahawa pihak media salah tafsir di dalam laporan mereka.
Hujah-hujah rapuh dan dangkal dari Mahathir dan kedua-dua mufti berkenaan memperlihatkan kecenderungan membela Mujahid.
Kecenderungan mereka banyak berdasarkan kepada sikap ANTI ISLAM (secara halus), bukannya berdasarkan fakta dan ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Label Islam Liberal yang diberikan oleh orientalis Barat yang kini digunapakai oleh golongan konservatif (ASWJ) Islam mungkin lebih lunak berbanding label ANTI ISLAM & MUNAFIQ.
FAKTA SEJARAH membuktikan bahawa golongan tersebut sememangnya ANTI ISLAM sejak berzaman dan akan mencabar apa-apa sahaja yang berkaitan dengan usaha mengekang dan membanteras penularan jenayah syariah di Malaysia.
Tidak hairanlah jika sebarang usaha memperkasakan rang undang-undang mahkamah syariah serta enakmen agama negeri sentiasa mendapat tentangan dari golongan sedemikian.
Mereka akan gunakan pelbagai terma bahawa itu bukan cara Islam, ia tidak pernah dibuat oleh Nabi dan sebagainya bagi mengelirukan umat Islam seolah-olah mereka prihatin dan membela Islam.
REALITINYA, mereka sememangnya ANTI ISLAM dan berusaha keras menghakis Islam serta memusnahkannya dari dalam. - Shen Dong