Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-takiri menyifatkan Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak layak menjadi Menteri Agama.
Kenyataan itu berhubung isu khalwat yang menjadi hangat baru-baru ini di mana dari petikan laporan The Star menyatakan Mujahid mengarahkan untuk memberhentikan operasi tangkapan khalwat, tiada ketukan pintu di malam hari dan tiada lagi pecah pintu bagi mereka yang berkhalwat kerana berpendapat khalwat adalah isu peribadi yang KERAjaan Pakatan Harapan (PH) tidak patut campuri.
Kenyataan Mujahid mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Ahli Majlis Syura Ulamak PAS ini dengan menegaskan beliau tidak layak menjadi Menteri Agama.
"Dalam isu kenyataan songsang Dr Mujahid Rawa selaku Menteri yang menjaga hal ehwal Agama, saya menegaskan beliau telah banyak mengemukakan pandangan kontroversi yang tidak sesuai dan selayaknya bagi seorang menteri yang menjaga hal ehwal agama..
"Isu yang disebut semalam oleh beliau bahawa maksiat tersembunyi seperti khalwat tidak akan diambil tahu oleh KERAjaan, itu adalah hak peribadi masing-masing. Ini adalah pandangan songsang," tegas Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Menurut Khairuddin kerajaan wajib mengambil tindakan ke atas kesalahan tersembunyi seperti khalwat ini seperti yang berlaku di zaman sahabat Nabi, Umar Ibnu Khattab.
"pada zaman sahabat Nabi, Umat Ibnu Khattab, berlaku satu kes khalwat yang disampaikan aduannya kepada sahabat dan mereka akhirnya membuat serbuan dan menangkap pelakunya dan ia tidak dibantah oleh Umar Al-Khattab," tambah khairuddin lagi.
Dari kisah inilah satu hukum diambil bahawa maksiat tersembunyi seperti khalwat menjadi kewajipan bagi pemerintah untuk mencegahnya.
Khairuddin kecewa dengan tindakan Mujahid yang membatalkan operasi tangkapan khalwat sebagai penyambung lidah kumpulan liberak G25 yang selama ini memperjuangkan pemansuhan operasi itu.
Bekas pensyarah Uniersiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menekankan, beberapa pendekatan Mujahid yang kontroverisi itu menunjukkan beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Agama.
"Saya menyeru beliau agar berhentilah mengeluarkan kenyataan kontroversi atau berhentilah menjadi menteri yang menjaga agama.
"Jadi menteri yang jaga hal ehwal lainlah. Jaga hal pelancongan ke, tak sesuai untuk menjaga hal ehwal agama,' tegas Khairuddin lagi. – AbuLeman