Memang Kerajaan Sarawak LARANG hadir majlis kerajaan persekutuan PH, ini penjelasannya kabarmalay3.blogspot.com


Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini menjelaskan bahawa arahan kerajaan Sarawak yang menghalang ketua kampung dan ketua komuniti daripada menghadiri majlis anjuran kerajaan persekutuan adalah sebagai respons kepada surat yang diterima daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Beliau berkata kerajaan negeri juga membayar elaun ketua kampung serta ketua komuniti susulan keputusan Kementerian itu yang bertarikh 17 Mei yang memaklumkan bahawa kerajaan persekutuan menggantung semua bayaran yang melibatkan pelantikan, perpindahan dan elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 

"Itu sebabnya arahan itu kita keluarkan.. ia hanya respons kerajaan negeri, amat penting bagi JKKK di Sarawak diberikan maklum balas yang tepat,” kata beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2018 di Kuching.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada arahan kerajaan Sarawak baru-baru ini menerusi satu surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Moshidi Abdul Ghani yang mengarahkan ketua kampung dan ketua komuniti supaya tidak menghadiri mesyuarat serta acara yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan serta agensinya, atau yang dihadiri oleh menteri dari kalangan Anggota Parlimen Pakatan Harapan

Sejak kepimpinan negara mengalami perubahan susulan Pilihanraya Umum ke-14 lepas, kerajaan negeri juga tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), yang merupakan agensi kerajaan persekutuan,” tambahnya. - Bernama

Subscribe to receive free email updates: