(Kafir Semua Sama) MCA bantah sebat syariah kabarmalay3.blogspot.com

Islam perlu memimpin, bukan dipimpin seperti dalam Pakatan Harapan sekarang. Kafir Semua Sama, tidak mahu memahami Islam, melihat Islam dengan negatif. Oleh itu mereka perlu dipimpin bukan dibiarkan membenci Islam melulu tanpa faham perkara sebenar. LAGI parah bila Muslim jahil dan liberal bersama-sama kafir memahami Islam dengan cara yang salah malah menyokong pandangan kafir, hanya menggunakan logik semata-mata. 

3 Safar 1440H, Jumaat – Integriti Kanun Prosedur Jenayah akan tercabar jika Kerajaan Persekutuan terus membenarkan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak, kata Pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, yang juga seorang penganut Buddha.
Memetik kenyataan yang disiarkan The Star hari ini, dia berkata, mengikut Kanun Prosedur Jenayah wanita tidak boleh sama sekali dikenakan hukuman sebat.
“Menyebat wanita di depan khalayak bukan sahaja perbuatan yang sangat kejam terhadap kemanusiaan, ia juga dengan jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Dia berkata, dengan menjatuhkan hukuman itu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu secara terbuka mencabar Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Prosedur Jenayah.
“Saya rasa kecewa dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Hannah Yeoh yang tidak mempedulikan isu ini,” katanya.
Dia mendakwa Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga gagal melindungi wanita daripada keadilan ‘jelmaan’ Terengganu dan melanggar hak wanita.
Katanya, isu seperti perkahwinan kanak-kanak dan hukuman sebat wanita di khalayak secara rutin diketepikan, atau ditangani dengan kenyataan media yang tidak tepat.
Dia mengulangi pendirian kumpulan Sisters in Islam bahawa hukuman sebat di depan khalayak tidak memberi apa-apa kesan pendidikan, menghina dan mengaibkan hak asasi manusia.
“Di samping itu, tindakan ini menyebabkan salah faham dan ketakutan terhadap Islam, dan dengan itu menjejaskan imej agama suci itu,” katanya. - ismaweb

Subscribe to receive free email updates: