Sebelum PRU14, tiada sekali pun dari mana-mana pemimpin Pakatan mengakui bahawa ekonomi Malaysia adalah dalam keadaan yang kukuh dan baik. Tidak sekali pun.
Yang ada hanyalah Guan Eng yang memuji ekonomi Pulau Pinang kukuh tetapi pada masa yang sama menuduh Malaysia akan ‘bankrap’, rakyat menganggur walaupun Pulau Pinang masih sebahagian dari Malaysia dan bukan negara asing pun.
Saya juga ingat pegawai khas Guan Eng iaitu Tony Pua ("harga barang akan turun dengan SST") pernah mengeluarkan kenyataan media dua tahun dahulu kononnya Malaysia sudah hilang daya saing dan tiada lagi negara asing hendak mengimport produk hasil Malaysia biarpun eksport negara naik berpuluh peratus setiap bulan pada masa itu.
Sudah sampai masanya untuk Pakatan mengakui bahawa mereka telah menipu satu Malaysia dan mengakui hakikat bahawa kerajaan BN telah mewariskan sebuah negara dengan ekonomi yang kuat dan kukuh dengan kadar pertumbuhan KDNK yang antara tertinggi di dunia kepada kerajaan PH.
Jika ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada masa atau tidak kini bergantung sepenuhnya pada pengendalian Guan Eng dan kerajaan PH. Kita doakan yang terbaik.
-Najib Razak