Pembohongan Maklumat kata BN yang luluskan Petron pembekal bahan api Kerajaan kabarmalay3.blogspot.com

Banner ini disebarkan kepada orang ramai, walaupun jelas menipu tapi masih ramai yang percaya
Petron Malaysia menegaskan pelantikannya sebagai pembekal minyak kenderaan kerajaan telah bermula sejak 2015.
“Seperti syarikat dan pembekal bahan api lain, kami telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses yang telus seperti digariskan Kementerian Kewangan.
“Pada mulanya kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada Mac 2015.
Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses ekstensif, kami diiktiraf sebagai pembekal hanya pada Ogos 2018,” kata Petron Malaysia dalam kenyataan, hari ini.
Petron mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas “kepercayaan dan keyakinan” terhadapnya, dan menghargai langkah kerajaan untuk “menggalakkan persaingan sihat”.
Pelantikan syarikat itu mencetuskan kontroversi ekoran peranan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan, sebagai pengarah syarikat induk Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina.
Kementerian Kewangan berkata penyertaan Petron sebagai pembekal – selain Petronas dan Shell – adalah bagi menggalakkan persaingan.

Subscribe to receive free email updates: