Masa Tun M jadi PM: LESBIAN kena Sebat Syariah BERAT, Anwar LIWAT kena penjara 9 tahun OK SAJA kabarmalay3.blogspot.com


HUKUMAN KEPADA LESBIAN
Kabinet Tun M memutuskan hukuman sebat terhadap dua pesalah wanita di Terengganu, baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kes dua wanita yang dihukum sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kerana  hubungan sejenis, dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.
“Sebab itu kami berpendapat bahawa, kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya,” katanya dalam entri video di halaman Facebook Perdana Menteri, pagi tadi.

HUKUMAN KEPADA PELIWAT (DIKATAKAN HANYA FITNAH) (8 Ogos 2000)
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.
Hakim Datuk Ariffin Jaka memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa selepas Anwar selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.
Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.
Hakim bagaimanapun tidak mengenakan Anwar hukuman sebat yang hanya terhad kepada pesalah berumur 49 tahun ke bawah.
Sukma didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan dan bersubahat dengan Anwar meliwat bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu.
Hakim Ariffin bagaimanapun memerintahkan Sukma menjalani hukuman penjaranya secara serentak.
Anwar yang berusia 53 tahun bersama Sukma, 39, didapati bersalah meliwat Azizan, 40, pada satu malam, di antara Januari hingga Mac 1993, di apartmen Sukma, unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk di sini.
Hukuman terhadap mereka mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen itu ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat.
Anwar memulakan hukuman penjara enam tahunnya sekarang pada 14 April tahun lepas setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksualnya.
Dakwaan itu membawa kepada pemecatannya daripada jawatan kabinet pada 2 Sept 1998.
Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Ariffin menjelaskan beliau mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan oleh Anwar dan mesti menangani perbuatan terkutuk tersebut dengan cara yang betul.
Beliau menyifatkan perbuatan meliwat sebagai suatu yang menjijikkan dan ''masyarakat kita mahukan mereka yang melakukan kesalahan seperti itu diadili sewajarnya.''
''Ia satu keputusan yang sukar dibuat. Dalam menjatuhkan hukuman ia mestilah mencerminkan betapa seriusnya kesalahan itu, kepentingan orang ramai dan keadaan sekeliling,'' kata Hakim Ariffin.
''Ada keterangan yang mencukupi berhubung dua tuduhan itu dalam pengakuan Sukma yang telah disokong oleh keterangan Azizan.
''Inilah yang menampakkan kredibilitinya. Tidak ada sebab mengapa Azizan berbohong kerana dia tidak mempunyai apa-apa melainkan kerugian semata-mata akibat membuat aduan itu,'' jelas beliau.
Terdahulu, Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah semasa menggesa mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Anwar dan Sukma, berkata kesalahan itu adalah serius kerana ia memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
''Hukuman yang berat patut dikenakan kepada kedua-dua yang dituduh terutama tertuduh pertama (Anwar), kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh pertama dilakukan oleh seorang yang ketika itu memegang jawatan tinggi di negara ini, seorang yang menyalahgunakan kedudukan beliau terhadap pekerja bawahannya,'' katanya.

Subscribe to receive free email updates: