Dr M: Patut kaji semula hukuman mati 'Dr Ganja' kabarmalay3.blogspot.com

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan patut menyemak semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja untuk tujuan perubatan.
“Saya rasa kita patut semak semula,” katanya ketika diminta mengulas hukuman mati terhadap seorang lelaki 29 tahun, Muhammad Lukman Mohamad.
Pandangan Mahathir itu senada dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang mahu menulis rayuan terhadap Peguam Negara Thommy Thomas bagi mendapatkan pengampunan berdasarkan merit kes itu.
Nurul berhujah, ganja semakin diterima di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya dalam rawatan pelbagai penyakit kronik.
Beliau juga berpendapat sudah tiba masanya untuk menyemak semula definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan.
Pada 30 Ogos lalu, Lukman dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ditahan memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).
Kes itu menjadi tular kerana Lukman memberikan rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.
Malah, pihak yang pernah mendapatkan khidmatnya tampil membelanya di mahkamah.
Kebanyakan negara maju kini lebih terbuka dengan penggunaan ganja terutamanya untuk tujuan perubatan. - MK

Subscribe to receive free email updates: