[PH BAHAN LAWAK] Minta Nelayan Tanam Nanas, Rambutan, Menteri kena TROLL kabarmalay3.blogspot.com




Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub  berkata nelayan boleh menambahkan pendapatan  dengan menanam nanas atau rambutan di tanah-tanah belakang rumah mereka.
Beliau berkata demikian dengan raut muka penuh keyakinan ketika sidang dewan rakyat pada 13 Ogos lepas.
Kalau hanya bergantung dengan laut, saya rasa tidak mungkin kita dapat meningkatkan pendapatan nelayan ini. Maka dengan penemuan-penemuan baharu kementerian, hasil daripada penyelidikan MARDI, kita ada variety baru nanas, sebagai contoh MD2, yang begitu popular. Tanah-tanah belakang rumah ataupun nelayan yang memiliki tanah ini, kita akan galakkan menanam tanaman ini.
Beliau kemudian memberikan contoh jenis tanaman rambutan yang berpotensi menambah pendapatan nelayan kerana harganya yang mahal.
Kita ada rambutan baharu, klon paling baharu iaitu mutiara merah, mutiara madu yang mahal harganya di pasaran. Hari ini, Tuan Yang di-Pertua, rambutan kalau pergi beli tepi jalan tidak ada lagi 20 sen, 30 sen tapi RM1, RM2, mahal hari ini. Jadi produk-produk yang seperti ini kita akan galakkan supaya mereka menjadikan tanaman-tanaman ini sebagai tanaman sampingan yang boleh menambahkan pendapatan mereka. – Salahuddin Ayub 
Tambah Salahuddin lagi, tanaman nanas dan rambutan ini yang ditanam oleh nelayan ini  juga berpotensi dieksport ke China
Demikian juga saya rasa di masa depan variety-variety baru ini seperti MD2 dan rambutan ini akan dapat juga menembusi pasaran khasnya Tanah Besar China yang saya rasa kalau kita dapat untuk menyelesaikan isu-isu protokol kita dengan Tanah Besar China.  – Salahuddin Ayub
 Walaubagaimanapun, kenyataan Salahuddin Ayub itu menjadi bahan troll di media sosial.
Muhammad Rauf Ahmad Kenapa tak cakap ternak ikan dalam sangkar, pembenihan ikan ke, subsidi kapal canggih, gps canggih lubuk ikan ke, takpun industri berasaskan makana laut ke etc. Kepakaran depa main laut oi. Kenapa mesti menanam? Kan jauh tu lari bidangye. Sadisss
Yusnita Yusuf arwah atok aku dulu pun nelayan…dok ingat juga tanah belakangan umah dia pasir je…masin pulok tu..hok adanya pokok kelapa je..tu pun tinggi2..kot mano la nk tanam mokta dgn durian…bongok punya menteri
Roowina Merican I am not a fisherman but I believe this YB has lost his marbles, asking a fisherman to do what??? And where pray, can they grow veges and fruits in their backyard which obviously is full of sand. Aka they live by the sea ergo no good land for gardening! Can someone please transplant some brain matter into this YB’s head? The most obvious is encourage them to harvest the sea by encouraging them to do sea tourism (if there’s suitable locations), ternakan ikan dlm sangkar or oysters/kerang/other seafood. OMG! So many other alternatives related to the sea of which I am sure the fishermen are more comfortable with! Face palm minute!
Waniey Anis Ghazali Nelayan ternak ikan dalam sangkar ke,kolam ke ade kena mengena juga ..adoi pak menteri..nelayan di suruh menanam…hmmm😰😰😰
Melissa Hasim Menteri skrg bodoh ek.. Dah tau nelayan suh jd petani pekebun ke. Jika dia mahir bab ikan ko bg lah dana buat kolam ternakan moden pakai tong ke…. Bela udang ikan ke.. Ada ke tukau air ke tanah. Adoiyaii baik ko menteri letak jwtan balik kg tanam jagung je.
Muhammad Sirajuddin Ibn Zakaria Sepatutnya nk majukan industry perikanan, nie bukan cadangan bernas, cadangan bgang, cmna nelayan ad tanah nk tanam cerdik, ad pn skankang kera, tu pn berpasir, Kalo ad rumah pn dapat rumah kos rendah tanah korang bayang besar mana.. dem betui menteri sekarang, belakang rumah nk makan sendiri boley la.. brp Bulan sekali nk rotate untuk generate hasil, maslan lagi cerdik lah
Ini bukan kali pertama Salahuddin Ayub mengeluarkan kenyataan yang menjadi bahan jenaka netizen. Sebelum ini beliau berkata harga barang makanan turun 30%-50%, tetapi kemudian mendakwa kenyataan itu dibuat secara spontan sahaja. Selain itu, beliau turut ditroll netizen apabila tersasul mengenai bilangan lembu berjumlah 7 ekor di 72 ladang. -TTKM-

Subscribe to receive free email updates: