Persoal Ibadah Korban: Penjelasan Untuk Siti Kasim kabarmalay3.blogspot.com


PENCERAHAN MENANGKIS UCAPAN SITI KASIM MENGENAI IBADAH KORBAN.

1- Apa dia ibadat korban (udhhiyyah)? 

Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala pada Hari Raya haji dan tiga hari Tasyri‘. 

2-Berapakah umur binatang yang sah dijadikan korban? 

Secara ringkasnya disenaraikan binatang korban dan umurnya seperti berikut: 
Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kerbau 2 tahun, kambing 2 tahun dan biri-biri setahun atau telah gugur 
gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan. 

3-Apa hukum ibadat korban? 

Sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut). 

4-Apa fadhilat melaksanakan ibadat korban? 

 Penebus dosa kecuali dosa besar. 
 Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban. 
 Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala. 
 Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong. 
 Penyembuh penyakit: Rohani, fizikal, mental dan sosial. 

5-Siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadat korban? 

Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya 
dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘. 

6-Apa hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadat korban? 

Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala). 

7-Bolehkah seekor binatang dikongsi oleh 2 atau lebih mudhahhi (orang yang berkorban)? 

 Kambing untuk seorang sahaja. 
 Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

Subscribe to receive free email updates: