Kitorang yang OKU ni pun sampai sekarang takde hak. Hak nak bergerak pun susah. Kerajaan buat bas konon untuk OKU kerusi roda bagai tapi bustop pun tinggi sekaki.
Apa fungsi bas boleh masuk kerusi roda kalau kerusi roda takleh naik bustop?
Bangunan pun takleh masuk. Hospital pun takde toilet OKU kat wad weh. Kalau ada satu bank dalam bandar yang ada ramp tu dah kira untung la. Pegi masjid sembahyang kat tempat orang letak selipar.
Tu tak payah cakap la pasal LRT tak semua stop support OKU. Lift? Tak payah la. Yang sihat walafiat ni setingkat pun nak naik lift. Parking OKU pun tak semua tempat ada. Alhamdulillah la abang-abang majlis ada budi bicara bila nampak kereta OKU. Nak masuk certain bangunan/kondo kena lalu laluan belakang, sebab ada ramp untuk angkut sampah.
Hidup dah macam binatang dah kat negara sendiri.
Tak cukup dengan tu, korang suruh LGBT guna toilet OKU lagi?
Toilet OKU ni, yang nak buat projek 5 minit pun masuk. Yang orang normal tak bertimbang rasa tu tak payah cakap la. Geng-geng mak-mak nak tukar pampers pun masuk.
Bro, agak-agaklah.
Hidup LGBT dah terlebih hak dah daripada OKU ni.
Daripada fokus kat LGBT, baik la fokus kitorang ni.
Pegi sekolah pun takleh naik tingkat 4. Naik kantin tak boleh. Tak boleh pegi library.
Kau nak cerita buli LGBT? Kau tengok buli OKU dulu la.
Cikgu OKU kat sekolah kena sumbat dalam stor sukan je.
Masalah kau kecik lah setan.