Pengerusi DAP Tan Kok Wai kini ialah Duta Khas negara ke China yang baru, menurut laporan media tempatan.
China Press melaporkan Tan mengesahkan pelantikan tersebut yang berkuatkuasa pada 1 Ogos ini.
Tan berkata keutamaan beliau adalah untuk memperkukuhkan hubungan di antara Putrajaya dan Beijing.
"Malaysia dan China telah lama menjalinkan hubungan sama ada daripada segi ekonomi atau budaya.
"Justeru, jawatan saya ini datang dengan tanggungjawab yang berat," beliau dipetik berkata demikian.