(Mahu Kami Bersama LGBT ke? No) Menteri minta bloggers sokong dasar Kerajaan PH kabarmalay3.blogspot.com

Di Kota Bharu semalam Menteri Wilayah, Kalid Samad mahu penulis blog pro Pakatan Harapan (PH) perlu terus menyokong dan membantu dalam menerangkan dasar serta isu semasa membabitkan kerajaan. 

Khalid berkata, penulis blog dilihat berada lebih dekat masyarakat yang menggunakan laman sosial untuk mendapatkan berita dengan lebih pantas pada masa kini.
"Dahulu semasa jadi pembangkang penulis blog ini bertujuan untuk mencari kelemahan pengurusan dan pentadbiran (kerajaan terdahulu). Mereka bertindak menulis, menyerang dan mendedahkan kelemahan-kelemahan kerajaan.

"Walaupun sekarang perkara itu masih perlu dilakukan kerana kerajaan kini lebih bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran namun dalam masa yang sama kita perlukan penulis blog (pro Pakatan Harapan) untuk membela kita apabila diserang," katanya selepas sesi dialog bersama penulis blog dan pengamal media sosial Kelantan.

Adakah Khalid mahu blogger semua menyokong kejahilan dan kejahatan Pakatan Harapan?

Adakah Khalid mahu blogger bersama-sama PH melakukan kemungkaran menyokong LGBT? Mahu bersama Menteri Agama PH membenarkan lesen besar kepada transgender masuk tandas mana yang dia mahu? 

Adakah Khalid mahu blogger bersama-sama kemungkaran PH menyatakan Melayu pendatang di negara ini dan India lah kaum asal negara ini? Mahu utamakan Cina membelakangkan Melayu dengan tergila-gila mahu mengiktiraf sijil jahat UEC yang melawan Dasar Pendidikan Negara? 

Adakah Khalid mahu blogger menekan Islam bersama-sama PH dengan menyerang dan memfitnah IKSIM? Mahu bersama-sama dengan kejahilan Menteri Agama PH? Mentafsir Hiz ad Din sebagai menjaga semua agama? 

Adakah Khalid mahu blogger bersama PH menipu rakyat yang gagal laksanakan janji manifesto? Mana penurunan kos sara hidup?hidup rakyat masih terbeban. 

Adakah Khalid mahu rakyat terus dibohongi oleh pembangkang masa dahulu yang kini jadi Kerajaan atas penipuan. Mana Pendidikan percuma? Mana pemasuhan PTPTN? Mana penurunan harga petrol? Mana perumahan untuk rakyat miskin? Mana pemansuhan Tol? 

Sebaliknya bantuan BR1M di potong, kenaikan gaji kakitangan awam di potong, kakitangan awam diugut agar sebelahi PH, bantuan kepada nelayan dipotong, harga barang tidak turun, kos sara hidup kekal tinggi, rakyat kekal susah dan makin susah. 

Adakah Khalid ingat semua bloggers tu orang munafik dan kafir? Jangan lupa ramai antara mereka yang Islam dan Melayu yang pejuang tulen tanpa terima satu sen pun dari mana-mana sumber.

Khalid jangan ingat hanya orang politik yang kawal negara ini. Negara ini hak rakyat, kami berhak menolak kejahatan dan kemungkaran

Subscribe to receive free email updates: