(1) MaasyaaAllah TabaarakalLaah, sangat baik cadangan yang diutarakan oleh sahabat saya Dr. Aznan Hasan hafizhohulLaah di dalam posting beliau Ahad 29hb Julai 2018 yang lalu (scroll down untuk membaca posting penuh beliau)
(2) Cuma secara peribadi, saya mencita-citakan kerjasama sesama saudara2 seagama secara lebih menyeluruh lagi melangkaui hanya dua parti UMNO dan PAS sahaja pergi kepada merangkumi seramai mungkin ahli-ahli politik beragama Islam melangkaui sempadan kepartian yang sempit baik dari BN, PH atau GS melangkah ke dataran persaudaraan agama yang luas.
(3) Maknanya, asalkan ahli politik itu beragama Islam, beliau rela dan iltizam menjunjung kepentingan agama Islam dan ummat tinggi di atas dan menjadikan parti politik yang dianggotainya sebagai alat untuk memelihara dan memperkasakan agama, BUKAN sebaliknya menjadikan agama sebagai alat dan topeng untuk meraih keuntungan politik.
(4) Ketika membentangkan slides tentang kedaulatan Islam dan ancaman2 perpecahan politik, saya sering menyeru kepada para hadirin agar ummat Islam tanpa mengira parti politik mereka, meletakkan kepentingan Islam di atas mengatasi kepentingan politik.
(5) Sudah masanya meninggalkan budaya politik lama benci membenci, dendam mendendami, ungkit mengungkit dosa2 silam dan saling soal mempersoalkan keikhlasan masing-masing.
(6) Sudah2 lah menganggap saudara seagama, seakidah dengan kita sebagai seteru numero uno, sebagai musuh nombor satu yang ingin dijauhi dan diperjatuhkan semata-mata kerana berbeza platform politik.
(7) Sikap politik pecah belah yang sanggup "meludahi ke muka" usaha2 perdamaian atas alasan dosa2 silam dan di dalam "ghuruur" tipu daya politik kepartian, hakikatnya membuka rekah dan jurang untuk kemuliaan Islam dilihat jatuh menjunam dan kepentingan ummat dibenam terus tenggelam.
(8) Tidak salah kita pelajari kematangan politik bangsa Cina yang seolah-olah menggunakan strategi takraw, membahagi2kan tugas kepada tekong, feeder dan killer yang bakal melakukan lipat maut, asalkan tujuan dan matlamat serta kepentingan bangsa, bahasa dan budaya mereka tercapai, berbanding sikap sebahagian pemain2 politik kita yang sanggup "lipat maut", rela "kill" bola ke gelanggang sendiri, malah ada yang lebih rela "lipat net" terus, biar sama-sama tak merasa.
(9) Demi kuasa yang menjadi wasilah kepada cita-cita bangsa, mereka malah sanggup "memaafkan" dan "melupakan" kesalahan2 musuh ketat mereka dahulu berbanding sebahagian pemain2 dan penyokong2 politik Islam yang sanggup secara langsung atau tidak langsung menjayakan agenda2 yang merugikan agama dan ummat demi memanjangkan dan mengekalkan sebuah persengketaan.
نسأل الله العفو والعافية والإخلاص والاستقامة والتوفيق والهداية
(10) Sabtu 4hb Ogos 2018 :
KULIAH DHUHA BULANAN SABTU KE 2
(Diawalkan ke Sabtu 1)
@ Surau Jumaat An-Naim Wangsa Maju
9:30 hingga 11:30 pagi
KULIAH DHUHA BULANAN SABTU KE 2
(Diawalkan ke Sabtu 1)
@ Surau Jumaat An-Naim Wangsa Maju
9:30 hingga 11:30 pagi
(11) Sabtu 4hb Ogos 2018 :
KULIAH MAGHRIB BULANAN SABTU KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam
KEFAHAMAN2 YANG WAJIB DIPERBETULKAN
KULIAH MAGHRIB BULANAN SABTU KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam
KEFAHAMAN2 YANG WAJIB DIPERBETULKAN
(12) Sabtu 4hb Ogos 2018 :
KULIAH ISYAK BULANAN SABTU KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam
KEKELIRUAN UMAT INILAH JAWAPANNYA
KULIAH ISYAK BULANAN SABTU KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam
KEKELIRUAN UMAT INILAH JAWAPANNYA
(13) Ahad 5hb Ogos 2018 :
KULIAH SUBUH BULANAN AHAD KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam
MINHAAJUL 'AABIDIIN
KULIAH SUBUH BULANAN AHAD KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam
MINHAAJUL 'AABIDIIN
________________________________
*POSTING DR AZNAN HASAN AHAD 29HB JULAI 2018*
Saya rasa buat masa sekarang, UMNO dan PAS, sebagai dua buah parti terbesar Melayu dan Islam, sepatutnya berfikir secara serius untuk mengadakan kerjasama antara keduanya. Saya mencadangkan agar berlakunya kerjasama dan bukannya gabungan kerana dengan kerjasama, gerak kerja dapat diselaraskan tanpa meleburkan mana-mana parti. Cadangan kerjasama ini mestilah turut memperincikan perkara-perkara ini:
1-Asas kerjasama ini mestilah Islam. Kedua-dua parti mestilah bersetuju dan memeterai perjanjian bahawa kerjasama ini adalah berpaksikan Islam. Mana-mana pemimpin secular yang tidak mahu menerima paksi ini, seperti Nazri Aziz dll boleh berundur diri dan jika masih mahu berpolitik, boleh menyertai parti-parti lain.
2-Kerjasama ini bukan hanya atara UMNO dan PAS. Ia mestilah juga disertai oleh NGOs Islam yang lain. Jangan dilupa. Masih ramai lagi pejuang2 Islam di Malaysia yang tidak terikat dengan mana-mana parti, tetapi memperjuangkan Islam dengan sedaya upaya mereka. Selepas kerjasama ini, mereka mesti tetap kekal di dalam NGO mereka, dan tidak bertukar menjadi ahli politik. Mereka akan menjadi check & balance dan pemantau kepada kerjasama ini.
3-Suatu sekretariat dibentuk demi menyelaraskan kerjasama ini. Sekretariat ini juga akan dinaggotai oleh NGOs Islam. Mereka juga akan dilibatkan di dalam membuat keputusan-keputusan.
4-Sebarang item kerjasama ini mestilah disebutkan dengan jelas (broad framework) dan dipersetujui bersama. Butiran kerjasama ini dinyatakan kepada umum (public) secara terbuka, sehingga sebarang ketergelinciran daripada melaksanakan butiran perjanjian ini akan dapat disemak oleh rakyat secara umumnya.
5-Kerjasama ini mestilah melakulkan deklarasi bahawa kerjasama ini akan menolak sebarang amalan rasuah sekeras-kerasnya dan bersedia untuk disiasat atas sebarang tuduhan rasuah. Pihak SPRM adalah bebas untuk menyiasat mana-mana pimpinan yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kerjasama ini mestilah menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan memberikan kerjasama kepada SPRM utk menyiasat mana-mana pimpinan dan kerjasama ini tidak akan melindungi mana-mana pimpinan ini.
Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa bagaimana PAS dapat berkerjasama dengan parti UMNO yang banyak rasuahnya. Jawapannya ialah, sekarang UMNO bukan lagi menjadi pemerintah. Mereka dengan bebas dapat disiasat. Siasatlah, dan ambillah tindakan kepada sesiapa yang didapati bersalah. Takkan kita hanya mahu menuduh sahaja tanpa membawa sebarang bukti. Jangan lupa Tun Mahathir juga dituduh dengan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak pembangkang dahulu sehinggga digelarkan “bapa rasuah”. Namun tiada sebarang tuduhan dikenakan ke atas beliau (betulkan saya jika saya tersilap). Standard yang sama juga harus dipakai kepad orang lain. Siasatlah dan dakwalah jika mereka didapati bersalah. Selagi mana tiada bukti, maka qaedah (maxim) asal “tidak bersalah melainkan dibuktikan” mestilah terpakai kepada semua orang.
Kerjasama ini pada hakikatnya akan membuka suatu lembaran baru di dalam lanskap perjuangan Islam dan melayu di Malaysia. Tenaga dapat diselaraskan dan lebih terurus. Selama ini banyak bullet yang ditujukan antara PAS dan UMNO. Dengan kerjasama ini, bullet-bullet tersebut boleh dilaraskan kepada mereka yang selalu mengganggugugat paksi kenegaraan kita, terutamanya yang berkaitan dengan Islam, melayu dan raja.
Saya rasa tidak perlulah saya menyatakan bahawa menjadi nasionalis bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Nasionalis yang berpandukan kepada Islam dan mahu melihat watan kita ini ditadbir secara Islam adalah sesuatu yang mulai dan amat dituntut oleh syarak. Majmu’ Rasail Hasan al-Banna telah memberikan penjelasan yang amat jelas dalam hal ini.
Saya tahu akan berlaku pelbagai usaha untuk memastikan bahawa kerjasama sebgini tidak berlaku. Sudah tentulah kerjasama antara umat Islam di Malaysia menjadi suatu nightmare kepada mereka yang mengambil kesempatan di atas perpecahan umat Islam ini. Oleh kerana itu, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan kerjasama ini, bermula dengan berfikiran negative dan sinis, sehinggalah mereka akan melakukan pelbagai tindakan demi menggagalkan usaha kerjasama ini. Kerjasama ini perlu cekal di dalam menghadapi segala macam ancaman dan tribulasi sebegini.
Kerjasama ini, kemudiaannya boleh terus berkerjasama dengan mana-mana parti dan NGO yang bukan Islam, selagi mana mereka juga brsetuju dengan broad framework yang telah dimeterai. Sebagai umat teras dan majoriti, kestabilan umat Islam melayu di Malaysia adalah suatu pertanda baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia akan membawakan kestabilan kepada negara yang kita cintai ini. Mereka yang bukan Islam tidak seharusnya takut kepada kesatuan umat Islam di Malaysia.
Saya amat berharap pimpinan umat Islam melayu di Malaysia akan dapat berusaha untuk merealisasikan kerjasama sebegini. Ini hanya cetusan idea saya. Sesiapa yang mempunyai formula yang lebih baik seharusnya memberikan idea masing-masing untuk dipertimbangkan oleh pimpinan-pimpinan umat Islam di Malaysia. Ini adalah antara saham utama kita untuk kesatuan umat dewasa ini.
Tuan-tuan boleh mencambahkan lagi idea di atas.
Wallahu A'lam
________________________________
SELESAI POSTING DR Aznan Hasan
sumber: