Saya berada di dalam seminar di mana YB Fuziah dan Ambiga berada di atas pentas yang sama.
YB Fuziah menjelaskan isu lgbt. Beliau bagus menyatakan dengan tegas yang haram tetap haram. Tetapi dalam kes transgender pendekatan beliau adalah lebih inklusif dan “engaging” dari kerajaan terdahulu. Beliau menerangkan bahawa kita mesti compassionate dan merujuk kepada konsep “rahmatan bil alamin”. Rahmat ini nilai yang penting dalam Islam kata beliau dan kita kena mengambil kira ugama dan bangsa lain.
Saya menunggu aje jawapan Ambiga. Pada sesetengah Muslim pendekatan rahmatan bil alamin adalah satu pendekatan yang terbaik dan bertimbangrasa pada semua. Tetapi seperti yang saya jangkakan Ambiga terus terang mengatakan rahmatan tak relevan dan bukan isunya. Walaupun “compassionate” itu satu yang baik tetapi pokoknya adalah pengiktirafan hak transgender yang kita semua mesti menerima. Maka bertepuklah dewan.
Sama juga dengan isu child marriage. YB Fuziah menerangkanlah SOP sekarang akan diperketatkan lagi untuk menjaga kepentingan semua. Ambiga menjawab mudah. No child marriage full stop. Yang lain tak penting. Tepuk lagi.
Apa yang terjadi ialah kita cuba mencari penyelesaian jalan tengah tetapi mereka sikit pun tak pertimbangkan dan berganjak. Sebab itu kena pukul aje. Pada saya, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, adalah lebih baik kita berpendirian tetap dan teguh. Orang boleh hormati pendirian kita. Kalau mereka tidak mahu berkompromi buat apa kita hendak berkompromi. Makin lama yang tergadai hanya maruah (dignity) dan nilai kita.
Kita mesti berkata dengan tegas bahawa nilai budaya kita berlainan dan bertentangan. Nilai kita tidak semesti kena sama. Our social values and personal laws differ and we hold fast to our values. Takkan di dalam dunia ini ada satu nilai yang sama sahaja? Setiap ethnik berhak menetap sendiri “their own personal law and values”. Orang Muslim sendiri yang berhak menentukan ugama dan nilai mereka. Kenapa orang luar yang hendak menilai apa yang baik untuk agama kita seperti yang dicadangkan oleh professor kangkung Tajuddin.
Ramai kena faham bahawa medan pertempuran kini adalah di alam media dan bukan di medan perang. Di sini pertembungan ideologi amatlah “intense” dan kuat. Betubi2 Islam diperlekehkan dan dikutuk sehingga berjaya mengambarkan Islam itu militan dan teroris. Walaupun hampir semua umat islam tidak begitu, naratif itu sentiasa dimomok sehingga ramai di antara kita sendiri memvalidasikannya. Jadi misalnya kita dijangka untuk meminta maaf ke atas keganasan oleh mana2 umat islam yang kita tidak kenal di pelusuk dunia yang kita tidak tahu. Kalau tidak kita dianggap mendokong kegansan. Kenapa begitu dan terpakai untuk orang islam sahaja? Ini adalah kerana media telah berjaya melonggok semua umat islam sebagai satu puak yang suka membunuh. Naratif islamofobia yang selektif ini pada saya bukan suatu yang tidak sengaja tetapi dibuat dengan niat jahat dan teratur. Lihat sahaja bagaimana media mendekati isu Palestin untuk memahami isu pendekatan media. Israel yang melakukan keganasan “ethnik cleansing” dipuji melambung dan yang ditindas dipersalahkan.
Maka amatlah penting di dalam pertembungan di media kita sendiri memberi gambaran yang sebenar dan tegas. Tidak perlu apologetik. Kita laungkan pendirian kita. Ramai antara mereka mempunyai niat yang tetap dan hanya dengan pertembungan yang tegas boleh mengatasinya. Sifat melayu yang malu atau tidak mahu membangkitkan isu mesti dikikis. Kalau tidak kita akan sentiasa dipijak. Kita sentiasa tegas dengan pendirian kita dengan hormat tetapi jelas. Bila perlu lagi agresif kita pun begitu. Yang pokok jangan apologetik yang tidak membawa manfaat.
Ini saya akui bukan senang disebabkan budaya kita yang lebih suka merendah diri dan bersopan. Termasuk juga saya. Tetapi ia perlu dilakukan.
PS: bebas untuk dikongsi.