LGBT boleh guna tandas OKU? Ini mempunyai implikasi dari sudut undang-undang. Mengapa?
Golongan OKU kini boleh memfailkan semakan kehakiman ke atas Timbalan Menteri dan kerajaan kerana keputusan ini boleh dianggap sebagai mencampuri dan menjejaskan golongan OKU di Malaysia.
Umum mengetahui fasiliti OKU termasuk lah parkir dan tandas adalah hak esklusif OKU dan tidak boleh digunakan oleh individu selain OKU.
Sebagai pihak yang terjejas di sini, OKU mempunyai locus standi atau hak untuk mempertahankan kepentingan mereka. Mereka adalah affected party di sini. Jumlah tandas OKU hanya terdapat satu sahaja di setiap tempat, maka ini akan menyulitkan golongan OKU sewaktu mereka perlu menggunakan tandas terutamanya ketika detik cemas.
Jika golongan OKU memfailkan semakan kehakiman, ia juga memudahkan Mahkamah untuk menentukan status golongan LGBT.
Salah satu isu yang akan dibicarakan kelak adalah berkenaan dengan status LGBT dan hak mereka untuk menggunakan tandas awam; dan sama ada golongan LGBT boleh diiktiraf sebagai salah satu bahagian dalam masyarakat di Malaysia. Ini boleh memberikan titik noktah kepada persoalan sama ada LGBT di Malaysia diiktiraf atau tidak.
Isu-isu ini hanya boleh dijawab di Mahkamah sahaja dan hanya golongan OKU sahaja yang boleh membawa kes ini ke Mahkamah kerana mereka adalah affected party di sini.
Pengunguman oleh Timbalan Menteri ini telah membuka ruang kepada satu tindakan yang boleh difailkan di Mahkamah; di mana kita boleh berhujah secara akademik berkenaan dengan status golongan LGBT dan untuk menentusahkan kedudukan mereka di dalam masyarakat.
Kredit: JUMPA KAT MAHKAMAH
#manifestowatch