Campur Tangan Amerika di Malaysia, Sokong LGBT tapi TINDAS Islam kabarmalay3.blogspot.com

"BILA KAFIR MEMERINTAH, TIADA HUMAN RIGHTS UNTUK UMAT ISLAM" 
Human Rights hanya untuk Israel bukan Rakyat Palestine, Human Rights hanya untuk LGBT bukan wanita Islam untuk bertudung tutup aurat, Human Rights hanya untuk orang Kafir bukan orang Islam

Amerika : Dasar hipokrasi

Campur tangan terbaharu kerajaan Amerika ke atas hal ehwal umat Islam di Malaysia merupakan satu tindakan penuh biadab dan hipokrasi.

Tiada sebarang kebaikan pun dalam mana-mana campur tangan oleh mereka. Bahkan natijah akhir yang pasti berlaku adalah ketidakstabilan dan ketenteraman awam yang makin terjejas.


Kenyataan melalui akaun media sosial kedutaan Amerika di Malaysia seolah ingin menggambarkan wujud penindasan dan kekejaman ke atas golongan yang ingin promosi gaya hidup di luar norma masyarakat dan meyalahi undang-undang Malaysia adalah penuh prejudis dan dangkal sama sekali.

Dalam masa yang sama secara konsisten dan penuh angkuh hanya akan 'bulldoze' sahaja secara veto menghalang sebarang resolusi di PBB yang menyentuh kekejaman dan penindasan rejim Israel ke atas Palestin.

Paling terbaharu adalah apabila wakil mereka di PBB Nikki Haley melakukan veto dalam Majlis Keselamatan PBB awal Jun lalu terhadap resoulusi untuk melindungi rakyat Palestin dan mengecam tindakan kejam regime Israel menggunakan kekerasan bersenjata dengan membunuh penunjuk perasaan rakyat Palestin di Gaza apabila situasi memuncak ketika perpindahan kedutaan Amerika ke Jerusalem pada Mei 2018.

Nikki Haley kemudian dengan angkuh bangun dan keluar sebaik sahaja wakil envoy Kerajaan Palestin memulakan ucapan di PBB.

Dalam isu ini secara keseluruhan, satu perkara pokok yang perlu kita fahami adalah Amerika hanya akan pertahankan segala kepentingan mereka dan proksi mereka.

Wajah demokrasi penuh kepuraan dan hipokrit mereka tidak memerlukan sebarang pengenalan lagi.

Subscribe to receive free email updates: