[BUBAR CEP] Saya tak pernah kata CEP hanya 100 hari - Tun Mahathir kabarmalay3.blogspot.com

Tun Mahathir berkata berkata, khidmat mereka diperlukan bagi menyelesaikan kesemua isu berkaitan walaupun sudah melebihi tempoh 100 hari.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau masih memerlukan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diterajui oleh Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, khidmat mereka diperlukan bagi menyelesaikan kesemua isu berkaitan walaupun sudah melebihi tempoh 100 hari.


“Ia tak akan dibubarkan. Mereka kata tempoh mereka semakin hampir tetapi saya masih tidak membuat sebarang keputusan kerana saya tak pernah cakap tempoh khidmat mereka hanya selama 100 hari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini hari ini.

Daim sebelum ini dilaporkan memberitahu pemberita bahawa tempoh perkhidmatan CEP hanya selama 100 hari, dan perkara itu turut diulangi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew sewaktu sidang Dewan Rakyat beberapa minggu lepas. - astro awani

Subscribe to receive free email updates: