V. Gopalasamy atau dikenali sebagai Vaiko dilarang masuk ke Malaysia tahun lepas kerana mempunyai kaitan dengan LTTE. Kenapa beliau ke Malaysia?
Menurut laporan The Week, beliau ke Malaysia bagi memenuhi jemputan P. Ramasamy untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Ramasamy.
Kenapa P. Ramasamy menjemput seseorang yang disenarai hitamkan oleh kerajaan Malaysia dan pernah dipenjarakan di India pada 2009 serta mempunyai kaitan dengan LTTE? Mungkin rakyat perlu tahu jawapan Ramasamy.
Ini pertanyaan bukan tuduhan ya.
*Ada orang kata LTTE dah berkubur. Betul ke? Adakah dihidupkan semula dengan nama lain tetapi ideologi masih sama? Akan didedahkan dalam post selepas ini.
-Firdaus Wong Wai Hung