[SST 10%, 6%] Pengiraan oleh Astro Awani Nampak Betul TETAPI REALITI sebenar tidak begitu kabarmalay3.blogspot.com




CUKAI SST JUGA AKAN NAIKKAN HARGA BARANGAN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Dulu SST 10%. Apabila nak laksanakan GST 6%, SST 10% dimansuhkan. Secara teorinya, harga barangan akan turun dengan perlaksanaan GST. Itulah yang meyakinkan DS Ahmad Maslan.

2) Tetapi secara praktikalnya ia tidak berlaku. SST 10% sebenarnya tidak dimasuhkan oleh pembekal, penjual etc. Atas kertas ya, mereka kata sudah tiada SST. Tetapi harganya sama sahaja seperti masih ada SST. Jika semasa SST RM100, selepas mansuh SST juga RM100, seolah-olah RM100 itu memang harga asal tanpa cukai (inflasi?). Tidak jadi RM90. Maka GST 6% itu datang ke atas harga RM100, jadi RM106.

3) Apabila kerajaan menzero-rate kan GST, secara teorinya, harga barangan akan turun. Harga barang RM106, akan kembali menjadi RM100. Tetapi praktikalnya tidak berlaku. Peniaga akan mengambil kesempatan mengatakan RM106 adalah setelah tiada GST. Mansuh GST adalah atas kertas resit sahaja, tetapi harganya sama seperti ada GST. Itulah yang membuatkan menteri Dato Saifuddin yakin salah peniaga.

4) Justeru, apabila kerajaan nak apply SST 10% semula, harga barangan RM100 tidak akan menjadi seperti SST sebelum GST (RM90). Ia akan jadi RM116.60, kerana cukai itu dikenakan ke atas harga barang RM106 yang kononnya sudah tiada GST. Ia tidak official. Ia adalah isu etika peniaga. Itulah yang membuatkan orang ramai tidak yakin SST yang baru ini akan menurunkan harga barang.

5) Ini adalah masalah yang hampir sama dengan apa yang dihadapi oleh kerajaan BN terdahulu juga. Isu kenaikan harga barang sehingga drag kepada kos sara hidup yang tinggi, memang memeningkan kerajaan terdahulu juga. Kini Kerajaan PH pula mulai panas dan stress.

6) Setiap langkah kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak, samada pihak pembekal, peniaga mahupun pengguna. Di sinilah kebijaksanaan menteri diperlukan, bukanya larang orang membeli apa-apa supaya tak kena cukai. Itu menteri noob, sama macam menteri BN.

7) Setakat ini solusi dan kenyataan menteri PH hanya duplikasi menteri BN sahaja. Tidak ada teras penyelesaian yang berbeza untuk mengatasi isu kenaikan harga barang. Yang berbeza hanya manipulasi media, backup daripada macai maya, dan kenyataan sana-sini untuk cover damage.

8 ) Masalah tidak akan selesai dan akan menjadi tidak terkawal pada hujung penggal jika tidak diurus dengan betul. PH akan menghadapi masalah besar jika pepatah "PH adalah BN 2.0" melekat sebati dalam jiwa rakyat. Mungkin akan hanya menjadi kerajaan satu penggal? Perbaiki sekarang.

9) Salah satu cara shortcut untuk hadapi isu ini, apa salahnya cuba cara penyelesaian yang PAS cadangkan dalam manifesto. Jemput orang PAS yang buat manifesto untuk bincang. Mungkin ada sesuatu yang berbeza berbanding menjadi copycats BN. Malu nak jemput PAS, kaji saja idea PAS tanpa PAS tahu, dan letak nama lain. Peduli apa PAS nak bising kata plagiat ke apa ke, asalkan rakyat senang, kerajaan PH akan bergaya untuk next PRU15.

Sekian

 

Subscribe to receive free email updates: