PENTAKSUB AGAMA VS PENCACAI RASIS.
Terima Kasih akui saya sebagai “Pentaksub Agama”. Ya ! Saya rela, daripada menjadi “Pencacai Rasis”. Saya akan terus pegang teguh agama saya malah pertahan dan perjuangkannya.
Saya dan pimpinan PAS persoal kenapa 3 posisi penting sektor judisiari (Menteri undang-undang + AG + CJ) diisi oleh bukan Islam pula beragama Kristian. Kenapa tidak sekurang-kurangnya satu atau dua posisi itu diisi dari kalangan orang melayu beragama Islam. Justeru Islam adalah Agama Persekutuan.
Ketiga-tiga posisi utama sektor undang-undang dan kehakiman itu dibolot oleh mereka. Maka siapa sebenarnya yang rasis ? Bercakap tentang keadilan konon ?
Saya sebut perkara ini bukan kerana anti bukan Islam atau bersifat perkauman tetapi dimana KESEIMBANGAN dalam mengisi posisi utama dan penting negara ini. Ingat, Islam adalah Agama Negara. Kenapa 3 posisi penting itu tidak beri muka langsung pada Islam ?
oleh:Nasrudin Hassan