Pembukaan Parlimen: Punch Line YDP Agong "Sila Duduk dan Jangan Lari" kabarmalay3.blogspot.com





"Ahli-ahli yang berhormat, sila duduk dan jangan lari," demikian titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Titah yang dilafazkan baginda sebaik duduk telah mencetuskan suasana gamat di Dewan Rakyat apabila menegur agar tiada ahli Parlimen bertindak sedemikian pada sesi persidangan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang berlangsung pada Selasa.

Teguran Agong itu ternyata mengejutkan semua pihak, malahan semua wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan dan juga pembangkang masing-masing tidak kering gusi seketika dengan gelagat baginda.

Selepas baginda selesai bertitah dan diumumkan untuk keluar dewan, rata-rata Ahli Parlimen PH secara berseloroh menjerit "jangan lari" sambil disusuli gelak tawa.

Subscribe to receive free email updates: