[LEPAS AG, CJ] Apakah Speaker Dewan Rakyat juga IKUT KEHENDAK DAP? kita tunggu, Lim Kit Siang juga Tunggu kabarmalay3.blogspot.com

Beberapa hari selepas #PRU14 saya mengatakan bahawa DAP dalam PH akan berjuang bermatian-matian untuk menjadikan TS Richard Malanjum #TSRM sebagai Ketua Hakim Negara #KHN yang baru (berdasarkan sebutan-sebutan oleh pimpinan DAP sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mendesak KHN sedia ada untuk letak jawatan setelah memenangi PRU14), para penyokong PH kata saya membuat fitnah spekulasi yang tidak berasas dan bodoh.
Saya meminta kita semua membantah, anda kata itu hanyalah cadangan yang tidak semestinya diterima dan segala fakta saya adalah salah dan hanyalah auta. Anda kata saya mempermainkan persepsi kosong tanpa hujah.
Saya sebutkan bantahan perlu dibuat ketika cadangan (kerana tiada guna bantahan dibuat selepas keputusan sudah dibuat), anda katakan saya ini terlalu pesimis, penakut tak bertempat, rasis, cakap tak ikut fakta, 'bajet pandai' dan seumpamanya.
Sampai ada yang kata saya ini ekstrimis yang prejudis, dan unfriend saya di Facebook ini.
Hari ini 12/07/2018 akhbar dan portal MalaysiaKini, Berita Harian dan BERNAMA melaporkan TSRM telah mengangkat sumpah sebagai KHN yang baru. Dilantik secara rasmi. KHN inilah yang bertanggungjawab berbincang secara langsung dengan Yang Di-Pertuan Agong #YDPA tentang pelbagai isu termasuklah melibatkan hal ehwal Melayu, Raja-raja, agama Islam dan seangkatan dengannya. Ini bidang kuasanya, walaupun bukan sepenuhnya.
TSRM inilah hakim yang meluluskan permohonan Lina Joy untuk murtad dari agama Islam kepada Kristian pada tahun 2007.
TSRM inilah salah seorang daripada 3 hakim yang menyokong penggunaan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Jesus dalam akhbar The Herald dan bible Bahasa Melayu pada tahun 2015.
TSRM inilah juga salah seorang hakim yang menyokong Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi (Muhammad Ridhuan Abdullah) hampir 10 tahun lalu daripada Hindu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang pada awal tahun 2018 ini.
Mana para penyokong yang kata cadangan menjadikan TSRM ini sebagai KHN hanyalah spekulasi jahat saya? TSRM sudah dilantik sebagai KHN yang sah. Saya buat fitnah jahatkah?
Berbanggalah kalian atas lantikan ini.
Belajarlah daripada sejarah. Hasil bacaan sejarah, tak salah menjadi seorang yang kritis dan berhati-hati, daripada memekakkan telinga dan menyokong membuta-tuli.
Pilihlah untuk kritik dan memberi cadangan yang bernas walau parti mana pun yang kita sokong. Saling membantu, bukan keras membatu.
Ini bukan status pasal parti politik, ini pasal NEGARA KITA.
(Kalau tak mengata, jangan terasa ye)
Kritik tak bermaksud benci, bantah tak bererti membangkang. Kita sama-sama bincang. Terima kasih.
Sesungguhnya, hanya orang Islam yang akan perjuangkan Islam.
Seterusnya, apa cerita Speaker Dewan Rakyat #SDR?
Rais kata ada "kuda hitam" mahu jadi Speaker Dewan Rakyat, Patut lain macam komen puak PKR

NILAI: Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, menyerahkan kepada kerajaan berhubung pemilihan calon Speaker Dewan Rakyat.
"Saya tidak dapat jawab mengenai isu calon kerana semuanya terserah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Namun mungkin di sebalik beberapa pandangan yang wujud sehari dua ini, ada pula 'kuda hitam' yang lain kita pun tidak tahu," katanya selepas Syarahan Pembudayaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dr Rais berkata jika ditakdirkan menjadi Speaker Dewan Rakyat yang baharu, beliau terima arahan itu dengan hati terbuka.
"Saya menurut perintah saja jika kerajaan minta saya berkhidmat di situ tetapi jika 'kuda hitam' lain yang menang saya tidak akan berkecil hati dan beri laluan kepada individu terbabit," katanya.


Subscribe to receive free email updates: