LANTIK CJ Malanjum: KRISIS Kehakiman Jadi Perhatian Dunia kabarmalay3.blogspot.com


Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengesa kerajaan segera memberikan penjelasan munasabah berhubung isu perlantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, kenyataan dikeluarkan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad iaitu terdapat dua Ketua Hakim Negara sehingga 12 tengah malam 31 Julai ini adalah tepat.
Menurutnya, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid semestinya pakar dalam hal berkenaan dan hujahbekas tokoh berkenaan mampu menimbulkan kerisauan rakyat.

“Isu pelantikan berkenaan akan menjadi perhatian antarabangsa. Indeks Persepsi Rasuah Malaysia pasti akan lebih terjejas jika krisis seperti berkenaan berlaku.

“MCW berharap kerajaan dapat lebih tepat dalam membuat keputusan dan mengikut segala lunas perundangan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dan peraturan bertulis yang sedia ada.

”Malaysia tidak boleh lagi melalui krisis seperti ini dalam usaha kerajaan untuk memastikan masa depan negara yang lebih stabil dan terjamin,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, tadi.

Jais berkata, kerajaan perlu segera membuat tindakan untuk membetulkan hal ini atau memberi penjelasan yang munasabah bagi memastikan ianya tidak menjadi satu krisis perundangan dan penyalahgunaan kuasa yang serius dalam negara.

“Cukuplah dengan krisis di zaman Tun Salleh Abbas dahulu yang menyebabkan kerajaan kerugian dan menjejaskan imej perundangan Negara dengan teruk.

”Malaysia tidak boleh lagi melalui krisis seperti ini dalam usaha kerajaan untuk memastikan masa depan negara yang lebih stabil dan terjamin.-Sinar Harian

Subscribe to receive free email updates: