Sekarang mungkin masa terbaik untuk DAP menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang mereka bukannya anti Islam dengan mengambil tindakan kepada P. Ramasamy.
1. Apakah DAP tahu penglibatan P. Ramasamy dalam LTTE yang telah dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh 32 negara?
2. Jikalau DAP tahu dan masih menerimanya malahan mencalonkan beliau utk bertanding dan dilantik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, adakah DAP menyokong ideologi dan penglibatannya sebagai AJK LTTE?
3. Jikalau DAP tidak tahu akan penglibatannya dalam LTTE semasa beliau menyertai DAP, apakah tindakan yang akan diambil oleh DAP terhadap ahlinya yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas sebagaimana disenaraikan oleh 32 negara?
4. Logik P. Ramasamy tidak boleh pakai langsung apabila mengatakan LTTE bukan kumpulan pengganas tetapi pejuang kebebasan kerana Dr. Zakir Naik bukan sahaja bukan pengganas malahan tidak ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas sebagaimana penglibatan P. Ramasamy dalam LTTE secara rasmi.
32 negara telah senaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sedangkan tiada negara senaraikan secara rasmi Dr Zakir Naik sebagai pengganas dan Interpol dan Hakim Mahkamah Tinggi India telah membatalkan dakwaan kerajaan India kepada DZN.
Cadangan kepada DAP, is now or never. Ini peluang terbaik mereka untuk buktikan mereka bukan anti Islam dengan mengambil tindakan terhadap P. Ramasamy.
DAP, this is your best chance to do something.