[INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT kabarmalay3.blogspot.com

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan dan masyarakat diseru untuk memberi perhatian dalam isu membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta persetubuhan haram daripada lebih membicarakan mengenai perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan pasangannya berumur 41 tahun di Gua Musang, baru-baru ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu LGBT dan persetubuhan haram adalah lebih besar berbanding kes perkahwinan itu yang disifatkannya sebagai terpencil.
Isu ini (perkahwinan kanak-kanak) tidak salah dari segi agama (Islam)…tidak sepatutnya isu ini disensasi dan dijadikan sebagai satu isu negara dan perkara ini pula kes terpencil.
“Bukan semua orang kahwin dengan budak umur 11 tahun tapi isu LGBT, persetubuhan haram dan anak luar nikah berlaku di merata-rata, dah jadi satu fenomena dalam negara. Ini sepatutnya menjadi kebimbangan kepada kerajaan dan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Mohd Amar berkata walaupun kerajaan negeri mengambil berat terhadap kes berkenaan, mereka tidak memberi reaksi berlebih-lebih terhadap perkara tersebut.
Pertama, perkahwinan itu berlaku di luar Kelantan, itu isu yang kita kena faham dahulu…ia tidak berlaku di Kelantan. Cuma kerajaan negeri menyerahkan perkara ini kepada Jaheaik (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan) untuk menguruskan kes ini kerana itu di bawah bidang kuasa mereka.
“Jadi kita tengoklah apa tindakan yang sepatutnya (dikenakan terhadap pasangan tersebut jika melakukan kesalahan). Kalau ada apa-apa cadangan, Jaheaik akan kemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ke-3nya, tular di media sosial sejak Jumaat lepas setelah perkara itu dikongsikan isteri ke-2 lelaki terbabit.
Berikutan itu, pengguna laman sosial pelbagai lapisan masyarakat mengecam tindakan lelaki terbabit dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku. - fmt

Subscribe to receive free email updates: