SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin mendedahkan bahawa anaknya, Aisy Mateen sudahpun mendaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).
Menerusi Facebook rasmi si cilik itu, beliau bekongsi keistimewaan anak Selangor yang menyertai skim berkenaan.
“Mateen senyum sebab ibu dan ayah dah daftar Tawas Smart Selangor untuk Mateen.
“Dapat RM1,500 untuk bayi yang lahir di Selangor #SmileSelangor,” katanya.
Pada masa sama, status berkenaan melayakkannya menyertai Pertandingan Foto #SmileSelangor yang mula dibuka bermula 1 hingga 14 September ini.
Terdahulu, bintang drama, Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle turut menyeru peminatnya menyertai #SmileSelangor untuk merebut hadiah utama wang tunai RM1,000.
Setiap gambar disyaratkan untuk ‘tag’ media sosial rasmi Smart Selangor di Facebook atau Instagram beserta ‘hashtag’ #SmileSelangor dan #SmartSelangor.
Sementara itu, untuk pendaftaran TAWAS, orang ramai boleh ke laman web tawas.org.my atau ke Pusat Khidmat Dun masing-masing.
Sejak dibuka pada 2008, TAWAS menerima lebih 320,000 permohonan dan meluluskan 280,246 daripadanya.
Ahli TAWAS bakal menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun dan jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia berkenaan, ia akan diberikan kepada warisnya.=EZY=