Tun M bangkit isu kafir-mengkafir untuk tutup kesilapan sendiri - Pemuda PAS kabarmalay3.blogspot.com

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja mahu mengalihkan pandangan masyarakat dengan menimbulkan kembali isu berkaitan 'kafir-mengkafir' mereka yang tidak sealiran dengan PAS.
 
Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi berkata isu itu sengaja ditimbulkan tokoh berkenaan bagi 'menutup' salah urus tadbirnya ketika bergelar perdana menteri selama 22 tahun. 
 
Anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menambah, isu kafir-mengkafir yang hebat diperdebatkan antara Umno-PAS sewaktu Dr Mahathir masih bergelar presiden Umno itu sudah lama selesai malah sudah berkali-kali diperjelas oleh pimpinan PAS sebelum ini.
 
"Yang saya sebut tadi, dia sengaja nak alihkan isu. Padahal isu ini sudah selesai. Orang sudah tidak bahas dan tidak jadi satu perbahasan dalam masyarakat. Semua orang sudah boleh terima penjelasan-penjelasan yang disampaikan oleh Tok Guru Presiden PAS sendiri dalam ceramah dan urusan beliau berkait dengan kafir mengkafir.
 
"Dia timbulkan balik saya percaya tujuan dia adalah untuk alihkan isu-isu yang berkait dengan kesilapan-kesilapan zaman pentadbiran beliau.
 
"Isu berkait dengan Forex yang melibatkan kehilangan wang negara melebihi RM30 bilion. Isu Memali dan lain-lain lagi," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Khalil merujuk kepada kenyataan mantan perdana menteri itu yang sekali lagi mencabar PAS untuk menyatakan pendirian terkini sama ada mereka yang tidak menyertai parti Islam itu boleh digolongkan sebagai kafir.
 
Semalam, Dr Mahathir, yang kini mengetuai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menggesa penjelasan PAS berkaitan isu tersebut.
 
Dr Mahathir dalam penulisan di blognya meminta PAS menjelaskan dengan tegas sama ada benar atau tidak, golongan yang tidak menyertai PAS kafir.
 
Ujarnya lagi, soal kafir mengkafir ini hanya berlaku apabila PAS ditubuh dan mengkafirkan orang Umno terutamanya kerana parti itu bekerjasama politik dengan orang bukan Islam.
 
Beliau turut mengulangi dakwaannya bahawa PAS menjadi pemecah belah umat Islam di Malaysia yang menurutnya bersatu padu satu ketika dulu. 
 
Susulan itu, Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad hari ini pula tampil menjawab isu tersebut dengan berkata perpecahan terburuk orang Melayu sebenarnya berlaku pada era Dr Mahathir mengetuai kerajaan

Subscribe to receive free email updates: