WAVERLEY COUNCIL PUSHING TO GIVE POLICE POWER TO FINE ALCOHOL-FREE ZONE DRINKERS AND CAMPING IN CARS
Dalam keadaan negara-negara Barat mengambil pelbagai langkah mengurangkan kadar kematian akibat kesan buruk arak, negara kita tidak sepatutnya menganjurkan apa-apa aktiviti yang mempromosikan budaya meminum arak.
“Di ketika banyak negara Barat sedang mengambil langkah-langkah untuk membendung masalah arak di kalangan belia mereka, kita pula mengambil langkah ke belakang untuk mempromosi dan menggalakkannya melalui penganjuran pesta seperti ini,” demikian kata Ahli Jawatankuasa Pusat Isma, Dr Norzila Baharin.
Beliau berkata demikian dalam satu tulisan di ruangan Kolumnis di Ismaweb yang mengkritik penganjuran Better Beer Festival yang dijadual berlangsung pada awal Oktober nanti.
Katanya, di Eropah, pelbagai pihak termasuk kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan kadar kematian yang tinggi akibat ketagihan arak termasuk mengharamkan penjualan arak di stesen-stesen minyak, menaikkan cukai jualan arak dan meletakkan amaran kesihatan di label-label botol-botol arak.
Selain itu katanya, adalah tidak wajar Malaysia yang menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan menganjurkan pesta arak yang jelas tidak memberi sebarang manfaat.
“Kebanyakan festival beer yang diadakan adalah di negara Barat seperti Jerman, Afrika, Amerika dan lain-lain. Tidak ada satu pun negara Islam atau yang mempunyai Islam sebagai agama Perlembagaan menganjurkannya.
“Jadi, kami tidak nampak di mana manfaatnya mengadakan Beer Festival di Malaysia di mana majoriti rakyat adalah orang Melayu beragama Islam dan agama Islam adalah agama Perlembagaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1),” katanya lagi.
Dr Norzila yang Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia Isma sebelum itu menyenaraikan kesan-kesan buruk arak terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
“Selain daripada kesan ke atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.
“Oleh itu hindarilah meminum arak kerana jelas alkohol sangat ketara keburukannya,” katanya lagi. - ismaweb