Malaysia Airlines: Hanya 25 Boeing 737 tempahan kukuh, yang lain tak wajib kabarmalay3.blogspot.com

 
Tempahan kukuh untuk 25 pesawat 727-MAX8 itu untuk menggantikan pesawat sedia ada, yang akan digantikan mulai 2019.


mas-boeing

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan mereka hanya membuat tempahan kukuh untuk 25 pesawat Boeing 727, dan selain daripada tempahan kukuh itu adalah tidak wajib.

Syarikat itu dalam kenyataan menambah pembiayaan untuk semua pesawat itu menggunakan sistem pajakan balik jualan-dan-operasi atau pajakan operasi yang mudah.

Kenyataan itu menyusuli beberapa laporan mutakhir ini mengenai hasrat Malaysia Airlines membeli lebih banyak pesawat dan pelbagai angka dipetik dalam laporan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 12 September lepas memberitahu Malaysia Airlines akan membeli 25 pesawat Boeing 727 dan 8 pesawat Boeing 787 Dreamliners. Najib berkata Malaysia Airlines mungkin akan memesan 25 pesawat 727 lagi pada masa depan – rundingan yang akan bernilai lebih AS$10 bilion dalam masa 5 tahun.

Badan mewakili kakitangan penerbangan, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia, baru-baru ini mengkritik rancangan Malaysia Airlines membeli pesawat tambahan kerana akan menyebabkan syarikat mengalami masalah kewangan.

Malaysia Airlines menjelaskan: “Pada 2016, kita membuat tempahan kukuh untuk 25 pesawat Boeing 727-MAX8 dan pilihan untuk 25 pesawat lagi.”

Pesawat itu ditempah untuk menggantikan pesawat sedia ada, yang akan digantikan mulai 2019.
Pada Jun 2017, Malaysia Airlines menandatangani perjanjian dengan Boeing untuk membolehkan mereka memesan 10 buah jenis pesawat yang lebih besar iaitu 737-MAX10 dalam tempahan kukuh untuk 25 pesawat itu.

“Dengan perjanjian itu, Malaysia Airlines boleh memilih jenis MAX8 atau MAX10. Pesawat MAX10 dijangka mula dihantar pada awal 2021.

Malaysia Airlines berkata memorandum persefahaman yang berpotensi untuk menambah 8 pesawat Boeing 787-9 Dreamliner dalam angkatan mereka mulai suku ke-3 2019 bertujuan untuk menambah kapasiti angkatan dan meninggikan mutu perjalanan yang paling lumayan.

“787-9 antara pesawat komersial yang mempunyai jarak paling jauh dan boleh beroperasi tanpa henti dari Kuala Lumpur ke mana-mana lokasi di Eropah dan bandar utama di pantai barat Amerika Syarikat. Pesawat yang sama boleh memberikan perkhidmatan bermutu tinggi ke Tokyo atau penerbangan yang mengambil masa sehingga 17 jam, menawarkan fleksibiliti kepada syarikat untuk menguruskan pelbagai jenis peluang pasaran untuk 20 tahun akan datang.”

Malaysia Airlines berkata harga tersenarai untuk 8 pesawat Boeing 787-9 ialah AS$2.5 bilion.
“Jika tempahan disahkan, penghantaran awal 787-9 Dreamliner dirancang untuk perkhidmatan di Asia. Pertumbuhan ekonomi Malaysia dan kesejagatan yang semakin meluas membolehkan pesawat memulakan perkhidmatan jarak jauh mulai 2020 jika terdapat permintaan yang mencukupi.”

Malaysia Airlines juga pertimbangkan pilihan untuk membeli pesawat Airbus A330-200/300 terpakai atau Airbus A330neo untuk pengembangan dan menggantikan pesawat sedia ada.

“Pilihan itu, serta rancangan lain termasuk MoU dengan Boeing, akan membolehkan kita memiliki fleksibiliti dalam menentukan pesawat yang sesuai untuk persekitaran operasi kami.”

Malaysia Airlines berkata mereka akan menilai semua pilihan secara berhati-hati bagi memastikan pembelian itu wajar dari segi perniagaan dan operasi.

Malaysia Airlines sekarang ini mempunya 54 pesawat dalam angkatan 737-800 di mana 48 sedang beroperasi. Baki 6 pesawat itu akan dipulangkan kepada pemberi pajak pada Disember 2017 dan sedang menjalani program penyelenggaraan pajakan balik.

Pada 2018, syarikat itu akan mengoperasikan 44 pesawat 737-800 setiap hari, 3 pesawat dalam penyelenggaraan, dan satu sebagai simpanan. Tempoh pajak 48 pesawat yang beroperasi itu akan tamat mulai awal 2019.

Subscribe to receive free email updates: