ANTARAPOS.COM

KUALA LUMPUR: Enam remaja yang disyaki menyebabkan kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah, di Datuk Keramat dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin termasuk ponteng sekolah.
Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid berkata mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.
“Ada suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program 'Sayangi Diri, Jauhi Dadah' di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana semalam.
Beliau berkata pihak sekolah telah mengambil pelbagai tindakan seperti mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah diambil.
“Namun remaja yang berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,” katanya.
Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas menyebabkan 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban.
Related Posts :
(TERKEDU MACAI DAP) Sekolah vernakular HALANG PERPADUAN : Perdana Menteri kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR, 17 Safar 1440H, Jumaat – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewujudan sekolah … Read More...
Bayi baru lahir letak tangan atas dada macam solat, dijemput Ilahi kabarmalay3.blogspot.comBayi baru lahir letak tangan atas dada macam solat, dijemput Ilahi
PETALING JAYA: Saat yang paling dinanti-nantikan pasangan suami ist… Read More...
Tok Pa sah sertai Bersatu kabarmalay3.blogspot.com
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed secara rasminya mengesahkan beliau menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam i… Read More...
Ramai-Ramai Tandatangan Petisyen Bantah ratifikasi ICERD kabarmalay3.blogspot.com
16 Safar 1440H, Khamis – Satu petisyen diwujudkan sebagai bantahan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan… Read More...
Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M kabarmalay3.blogspot.com
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menentang keras sebarang idea untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moham… Read More...