DAP: Kami sokong islamisasi, tapi... kabarmalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI


DAP menyokong pendekatan islamisasi berdasarkan perlembagaan Malaysia yang menggalakkan tolak ansur, sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan masyarakat berbilang kaum.

“...bukannya (islamisasi) yang menimbulkan ketaasuban, kebencian dan ekstremisme,” kata veteran parti itu Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian ketika menyambut baik kenyataan bekas menteri luar Thailand Surin Pitsuwan dalam seminar berkaitan demokrasi di Asia Tenggara di Kuala Lumpur semalam.

Surin, yang beragama Islam, dalam kenyataan itu antaranya membezakan islamisi sekarang yang dilihat tidak lagi bertolak ansur dan hormat menghormati seperti tiga pulun tahun lalu.

Pada era 80-an, kata Surin, islamisasi melambangkan kesepaduan nilai-nilai Islam dan norma dalam setiap aspek kehidupan, termasuk pendidikan, sektor kerja dan pembangunan ekonomi.

Lim bagaimanapun melihat perubahan itu seperti apa yang berlaku kepada PAS – sekutu yang kemudian menjadi seteru politik DAP.

“Saya lihat pandangan Surin amat sesuai untuk Malaysia kerana mencerminkan hubungan DAP dengan PAS...,” katanya.

Terus menjentik parti itu, Lim berkata PAS bawah Datuk Seri Hadi Awang sekarang tidak sama seperti di era pemimpin-pemimpin terkenalnya seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor and Datuk Yusuf Rawa.

Lim berkata, PAS bukan sahaja melupakan dasar bersama Pakatan Harapan tetapi juga “mempertahankan” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan syarikat sarat hutang 1MDB.
“Bawah kepimpinan Hadi, kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: