DAP biadab dakwa DBKL mahu jadi jaguh agama kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Kenyataan DAP yang mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak seperti jaguh agama dalam isu membabitkan pembatalan Festival Arak 2017 disifatkan sebagai biadab.

Menzahirkan perkara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan

DAP berhujah sedemikian hanyalah ingin menunjukkan yang mereka 'jaguh' dalam memperjuangkan agenda orang bukan Islam khususnya orang Cina.

"DBKL ungkit kata tukar tugas dalam urusan agama itu saya sifatkan biadab. Memang kita akui sikap keterbukaan kebebasan tetapi harus diingatkan negara Malaysia majoriti Islam dan jangan tuduh jalankan tugas membabi buta kerana kepentingan politik.

"DAP nak tunjuk dia juara perjuangkan orang Bukan Islam. Masih lagi nak persoalkan itu ini, konon tak salah undang-undang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Semalam, selain DAP, MCA dan PKR mengecam keputusan DBKL melarang penganjuran Festival “Better Beer” 2017 yang dijadualkan 6-7 Oktober depan.

Lima ahli Parlimen dari DAP dan PKR dalam kenyataan bersama menyeru keputusan pihak berkuasa tempatan itu dikaji semula.

Tan Kok Wai, Teresa Kok, Fong Kui Lun, Lim Lip Eng dan Tan Kee Kwong terkejut dengan pembatalan itu kerana DBKL tidak memberikan sebarang alasan untuk menolak permohonan permit daripada penganjur, MyBeer Malaysia.

"Kami kesali kejadian itu kerana pihak berkuasa tempatan seperti DBKL cuba melencong dengan bertindak seperti jaguh agama.

“Tindakan mereka tidak bertimbang rasa dan nampaknya tunduk kepada permainan politik dan mengabaikan semangat muhibah,” kata mereka.


Mengulas lanjut, Ibrahim berkata DAP diingatkan agar tidak terlalu melampau dan bertindak keterlaluan dengan DBKL.

Katanya, tindakan DAP menyerang DBKL itu tidak seharusnya berlaku berikutan berpandangan festival arak itu membawa banyak keburukan dan menyentuh sensitiviti Islam.

"Apa motif nak buat festival arak itu sebab kalau terlalu banyak akan tersasar seperti boleh menyebabkan perkara buruk seperti kemalangan atau pergaduhan.

"Keputusan DBKL masuk akal dan saya pelik kenapa DAP pertahan macam nak hilang nyawa," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pengarah Komunikasi Korporat DBKL Khalid Zakaria sebagai berkata PBT menolak permohonan permit menganjurkan acara itu di Galeri Beli-Belah Publika.

“Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya, dan menambah DBKL menerima permohonan permit daripada penganjur pada 28 Ogos. - SH

Subscribe to receive free email updates: