[BANJIR KEDAH PERLIS] Kalau BN Menang, Rakyat Tidak Berenang Tapi Menjala Atas Jalan kabarmalay3.blogspot.com

Orang ramai menjala ikan di atas jalan raya yang ditenggelami air ketika tinjauan berhampiran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Kubang Gajah hari ini. -Bernama


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di utara Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa dipindahkan terus meningkat.

Setakat 4 petang tadi, 1918 mangsa banjir dipindahkan membabitkan 496 keluarga di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.


Perlis mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan dengan 1200 orang, Kedah 666 orang, dan Pulau Pinang 52 mangsa.

Setakat ini, 20 pusat pemindahan sudah dibuka iaitu 14 di Perlis, lima di Kedah serta satu di Pulau Pinang.

Kawasan yang teruk terjejas banjir ketika ini adalah Arau di Perlis, Kota Setar, Kuala Muda dan Kubang Pasu di Kedah serta daerah barat daya dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.



Subscribe to receive free email updates: