[VIDEO] MP Selayang LETAK JAWATAN biro Politik PKR kabarmalay3.blogspot.com



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menerima peletakan jawatan anggota Parlimen Selayang, William Leong daripada biro politik parti tersebut.

“Saya sedih dan lebih suka jika beliau tidak meletakkan jawatan. (Malah) Saya mungkin tidak akan terima peletakan jawatan beliau.

“Saya beritahu beliau bahawa saya tidak terima (peletakan jawatannya), tetapi sekiranya beliau bertegas, itu hal lain.

“Buat masa ini, saya mahu berbincang dengannya. Saya faham apa yang beliau cuba sampaikan,”
katanya kepada wartawan selepas menghadiri forum yang mengupas pelaburan China di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) malam tadi.

Leong sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan dari biro politik sebagai bantahannya terhadap tindakan PKR yang terus berusaha meraih sokongan PAS.

Beberapa pimpinan tinggi PKR dilihat masih cuba meraih sokongan PAS meski bekas sekutu mereka itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR pada muktamar lepas.

Leong sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak boleh pertahankan pendirian partinya yang mahu bekerjasama dengan PAS dan terpaksa berundur.

Biro Politik PKR pada minggu lalu memutuskan untuk memberi peluang kepada Wan Azizah dan Datuk Seri Azmin Ali berbincang dengan PAS.

Azmin yang merupakan menteri besar Selangor dilaporkan sebelum ini sudahpun memulakan rundingan tidak rasmi dengan pimpinan PAS.

Subscribe to receive free email updates: