[UMNO PERLUKAN MELAYU, MELAYU TIDAK SEMESTINYA PERLUKAN UMNO] Kini Umno bukan lagi satu-satu parti mewakili Melayu kabarmalay3.blogspot.com


ULASAN l Hang Tuah sendiri yang mengatakan “Tak akan Melayu Hilang dari Dunia”.
Benar, semasa kesultanan Melayu Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, mereka yang tinggal melarikan diri ke Johor dan membina satu empayar baru disana. Yang tidak bernasib baik diculik oleh penjajah dan dieksport ke luar negara.
Sehingga hari ini, terdapat Melayu yang hidup di Afrika Selatan yang berjaya mengesan jalur keturunan mereka sampai ke Malaysia.
Pada tahun 1946, Umno ditubuhkan, “the United Malays National Organisation”, dibina oleh Melayu dari pelbagai latar belakang yang terdiri daripada penulis, guru, sasterawan dan pemikir, termasuk juga dari dalam kalangan diraja.
Ia bermula sebagai satu kuasa sosial sebelum ia menjadi sebuah partisan politik.
Semasa Umno melancarkan “hartal” melawan Federation of Malayan Union yang menidakkan hak keistimewaan Melayu dan diraja, perjuangan ini merentas tembok parti.
Umno dahulunya merupakan organisasi golongan kiri dalam perjuangan bangsa dan agama.
Dalam erti kata lain, Melayu mempertahankan institusi dan cara hidup mereka walaupun membenarkan demokrasi untuk terus hidup.
Tidak kisah Kaum Tuan atau Kaum Muda, bangsa Melayu sentiasa ghairah dalam mempelajari dari pihak lain dalam usaha mendapatkan hak kendiri.
Mereka telah belajar dari Turki Uthmaniah, juga dari British.
Inilah sebab utama Datuk Onn Jaffar menyusulkan Parti Negara sebaik sahaja selepas menjadi presiden Umno. Beliau ingin membina satu simbol yang dapat mewakili Melayu dan semua yang telah membanting tulang mempertahankan hak rakyat di bumi Malaya.
Ini juga mengapa, Dr Burhanuddin Al Helmi, presiden PAS mengubah parti menjadi satu kuasa progresif demi mempertahankan bukan hanya untuk Muslim dan Melayu tetapi untuk semua.
Di Parlimen, selain daripada ayah kepada Syed Hamid Albar, hampir tiada yang memilih jalan sempadan bangsa.
Tun Dr Mahathir Mohamad juga, dalam keperihatinan beliau dalam ketaksaksamaan ekonomi meletakkan Melayu di posisi yang tidak menguntungkan, beliau tidak pernah menuduh bangsa lain mengacau periuk nasi orang Melayu.
Jadi, bilamana Umno kini memutar belit, mengakui hanya Umno yang mampu mempertahankan
bangsa Melayu, persoalannya bagaimana?
Di Pulau Pinang, dibawah kekuasaan majoriti DAP dalam kerajaan negeri, peruntukan untuk Melayu diadakan tiap-tiap tahun.
Perlu tanam dalam minda yang peruntukan untuk Universiti Sains Malaysia sebanyak hampir RM800 juta, yang mana hampir sama dengan peruntukan kerajaan pusat untuk seluruh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Terang-terang Putrajaya mahu menyekat DAP. Dalam cubaan menyekat peruntukan tersebut, ia telah melukakan kepentingan Melayu di Pulau Pinang.
Di Selangor, PAS masih lagi mengharap belas kasihan PKR seperti adik-beradik kembar yang kehilangan, walaupun Hadi Awang telah mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat. DAP tidak melobi-lobi kisah ini kerana DAP memahami kepentingan PAS dan PKR bekerjasama keras demi kebajikan orang Melayu.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga tidak pernah melarang, kerana Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir, semua mahukan Melayu hidup dalam kehidupan berkualiti.
Sekarang apa Jamal Yunos dari Sungai Besar sudah lakukan? Belum ada apa-apa pengumuman
pilihan raya umum lagi, sudah mencanang dirinya sebagai calon ketua pemuda Umno, membimbangkan Khairul Azwan Harun, timbalan ketua pemuda Umno sekarang, yang mana Khairy Jamaluddin sudah membayangkan sebagai peggantinya.
Umno ini penuh dengan orang seperti Jamal Yunos, manusia yang tahap pendidikannya tidak melebihi sarjana muda. Ramai pula yang mengambil sarjana palsu, seperti yang dilaporkan Ong Kian Ming di Parlimen.
Setiap satu orang ini akan melihat pertama sekali apa keuntungan yang diperolehi.
Sebagai contoh, Khairy, mengakui tidak pernah mendapat tajaan kerajaan semasa belajar di Universiti Oxford. Namun bukankah ayahnya seorang diplomat Malaysia di Jepun?
Sebagai anak seorang diplomat, bukankah pendidikan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia? Juga, Khairy tidak pernah mendapat pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Beliau memilih United World College of South East Asia di Singapora.
Bila dilihat Melayu yang menyalahgunakan sistem dalam Umno dan kerajaan, bagaimana mereka boleh kata “Mati Umno Mati Melayu”?
Logik ini cacat kerana mereka melupai satu perkara: Melayu adalah Muslim dan mereka dilindungi oleh Allah SWT . Untuk menyamakan Umno dengan Allah SWT adalah satu bentuk “khurafat” dan hampir jatuh Syirik.
Ini adalah satu bentuk “bid’ah” yang tiada nilai dalam jurisprudens Islam.
Lagipun, sudahkah totok-totok Umno ini lupa akan kesultanan dan Yang di-Pertuan Agong?
Hubungan sultan dan para ulama beserta Melayu adalah hubungan simbiotik. Mereka menguatkan satu sama lain dalam menganjurkan maaruf dan mencegahkan kemungkaran. Tiada satu pun bukti yang kata Umno ini amat diperlukan.
Sebaliknya, Umno sudah lama mati. Apa yang kita ada ialah Umno Baru tahun 1988. Namun
disebabkan penyakit amnesia dan korupsi, Umno Baru ini asyik memanggil diri mereka Umno.
Apabila Umno mati, adakah Melayu mati sekali? Tidak, Melayu mencipta dan mewujudkan diri mereka menerusi Mahathir dan Anwar Ibrahim. Kedua-dua figura ini sedang meneruskan perjuangan untuk semua Melayu dan sekalian rakyat Malaysia.
Ingatlah: Umno amat memerlukan Melayu, tetapi Melayu tidak memerlukan Umno.

RAIS HUSSIN merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Artikel ini pandangan peribadi penulis 

Subscribe to receive free email updates: