Sensasi Internet Abdul Rani Kulup menyatakan hasrat untuk memperisterikan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.
Abdul Rani yang menggelarkan dirinya sebagai 'ayah' berkata, beliau boleh menjadi seorang suami yang baik dan berharap agar Hasmiza dapat menerimanya, lapor Sinar Online.
"Ayah boleh menjadi suami yang baik," kata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu.
Selain itu, ditanya tentang penerimaan isteri-isterinya mengenai hasrat berkenaan, Abdul Rani berkata:
"Isteri-isteri ayah 'steady'," katanya lagi yang sudah mempunyai dua isteri.
Selain ingin menjadikan isteri, Abdul Rani turut berhasrat untuk berduet dengan Hasmiza, 46.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Hasmiza untuk memilih lagu yang akan mereka berduet.
Pada awal April lalu, perkahwinan tiga tahun Hasmiza bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah, Ipoh.
Selepas perceraian itu, Hasmiza berhasrat mempunyai calon suami bermata berwarna kelabu seperti jejaka mat salih dan seseorang yang suka membeli-belah.
Memetik laporan media tempatan, usahawan itu berkata, calon suaminya juga haruslah menerima beliau seadanya.
"Dia kena ada karakter yang saya mahukan, bermata kelabu tapi ada ke calon seperti itu. Dia juga kena terima diri saya seadanya. Lelaki mana sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag. Pengsan lelaki tu.
"Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta," katanya berseloroh kepada portal Projek MMO.
Malaysiakini telah menghubungi Hasmiza dan sedang menunggu reaksi daripadanya.