Salahuddin (dua, kiri) dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan (tiga, kanan) |
JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan akan meletakkan calon berprofil tinggi di beberapa kerusi panas di negeri ini bagi memenangi PRU14.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Harapan akan memberi lebih banyak ruang kepada tokoh-tokoh utama sebagai strategi mereka menumpaskan BN di Johor dan mengambil-alih pemerintahan kerajaan negeri.
"Parti dalam Pakatan Harapan seperi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menempatkan tokoh-tokoh besar mereka seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, begitu juga dengan DAP seperti dalam PRU13 lalu yang memilih banyak calon berprofil mereka di saat akhir.
"Ini merupakan strategi kita untuk memenangi PRU14 dan membuktikan kepada rakyat bahawa kita sememangnya serius" katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini. - SH