PKR hari ini menggantung keahlian bekas Anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam selama dua tahun, atas dakwaan memfitnah ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Agung, Manikavasagam digantung kerana "memfirnah Anwar menerima wang RM300,000 - RM400,000 daripada Oms Thiyagarajan bagi tujuan untuk tidak mencalonkan diri saudara (sebagai calon Parlimen Kapar)."
Surat itu berkata Manikavsagam membuat ucapan berkenaan di sebuah kuil di Kapar pada 8 April tahun ini.
Bekas wakil rakyat PKR itu memuat-naikkan salinan surat berkenaan di halaman Facebooknya, yang menurutnya dihantar kepadanya di WhatsApp.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa beliau mengeluarkan surat tersebut, hari ini.
Saifuddin berkata Manikavasagam telah disiasat oleh lembaga disiplin parti, yang kemudiannya membuat cadangan kepada Biro Politik PKR untuk menggantungnya. Keputusan itu diterima dan disahkan oleh biro berkenaan.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata beliau tidak mengetahui dengan jelas mengenai kes disiplin itu.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Manikavasagam untuk mendapatkan penjelasan.
Menurut surat, Manikavasagam mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan berhubung penggantungannya.