Menteri MITI, To' Pa KEMALANGAN, tidak cedera kabarmalay3.blogspot.com

Pemandu Mustapa ketika dihubungi mengesahkan tiada kecederaan dialami oleh kesemua penumpang dalam dua kenderaan berkenaan. - Astro AWANI/Vivi Sumanti
TANAH MERAH: Kenderaan pacuan empat yang dinaiki oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Lawang Batu Gajah petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang tadi, Mustapa yang turut berada dalam kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kereta yang dinaiki Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu terlibat dengan kemalangan membabitkan sebuah kereta ketika masing-masing ingin memasuki persimpangan tersebut.

Pemandu Mustapa ketika dihubungi mengesahkan tiada kecederaan dialami oleh kesemua penumpang dalam dua kenderaan berkenaan. - Astro Awani

Subscribe to receive free email updates: