Annabelle Lee
Aktivis Datuk Marina Mahathir berkata beliau belum dihubungi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) susulan gesaan sebuah NGO prokerajaan supaya akidahnya diperiksa.
Beliau juga pelik dengan laporan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) terhadapnya semalam.
“Saya rasa mereka ini tidak tahu bagaimana hendak habiskan masa dan mahu buat orang susah.
“Mereka ini pasti datang daripada sekolah politik Trump,” katanya ketika ditemui dalam sebuah persidangan pemberdayaan wanita di Kuala Lumpur hari ini.
Kerana menekan satu 'like' pada status berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Twitter, Marina semalam 'dibawa' ke JAWI.
Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor menggesa badan itu menangkap serta memeriksa akidah anak bekas perdana menteri itu.
Ditanya sama ada beliau merasakan laporan itu sebahagian daripada kempen memburuk-burukkan beliau dan bapanya, Marina berkata beliau tidak bimbang langsung berkaitan perkara itu.
“Beliau (Mahathir) sudah veteran, beliau tahu cara tanganinya,” kata Marina yang lebih bimbangkan keadaan kesihatan bapanya.
Mahathir baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-92 baru-baru ini.
Laporan JAWI terhadap Marina itu dibuat selepas bapanya menyerang balas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membangkitkan isu keturunan India Mahathir.
Related Posts :
Datuk Bandar KL ‘dipaksa’ undur oleh Kerajaan Sekular PH kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1439H, Khamis – “Saya ada dengar beliau dinasihatkan untuk bersara awal,” kata Ahli Parlimen Cheras, Tan … Read More...
TPM: LGBT Haram, Elok TPM ambil alih Menteri Agama, Mujahid Tak Layak kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1439H, Khamis – Timbalan Perdana Menteri hari ini menegaskan, adalah haram sebagai seorang muslim untuk m… Read More...
Hampir Gugur Jantung Lihat Lembaga Hitam Di Tangga kabarmalay3.blogspot.comHampir Gugur Jantung Lihat Lembaga Hitam Di Tangga
baca selengkapnya
… Read More...
Fahaman SEKULAR lah endemik sebenar kabarmalay3.blogspot.com
1. Kenyataan Shareena Sheriff wakil Sisters in Islam (SIS) ini jelas membawa seruan sekularisme tatkala menyifatkan usaha untuk memisahk… Read More...
Tulisan Balas Najib Razak boleh KO kerajaan Sekular PH kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mendapat manfaat, sekiranya jawapan balas bekas Perdana Menteri itu terhadap tuduhan kera… Read More...