Harga MINYAK DUNIA JUNAM 7 minggu berturut-turut, di MALAYSIA NAIK 4 minggu berturut-turut kabarmalay3.blogspot.com



Tatkala laporan mengatakan harga minyak mentah dunia terus menjunam tujuh minggu berturut-turut, timbul persoalan kenapa harga petrol di negara ini terus naik, malah kenaikan berlaku empat minggu berturut-turut.
Semalam, harga runcit bahan api petrol bagi produk RON95 dan RON97 sekali lagi diumumkan naik masing-masing sebanyak 3 sen dan 4 sen, mulai hari ini sehingga 23 Ogos depan.
Harga petrol pada Januari lalu naik, kerana minyak dunia meningkat dari AS$51.48 kepada AS$56.73 pada Disember tahun lalu.
Hari ini, Berita Harian memetik laporan Reuters mengatakan harga minyak jatuh lebih satu peratus semalam walaupun stok simpanan minyak Amerika Syarikat (AS) mencatat penurunan lebih besar bagi tempoh tahun ini.
Menurut laporan itu, data berkenaan sekali gus mencadangkan pengeluaran kekal berada pada paras tinggi dan lebihan bekalan akan berterusan memberi tekanan kepada harga minyak dunia.
Harga minyak Brent turun 53 sen atau sekitar satu peratus kepada AS$50.27 setong.
Minyak mentah WTI turun di bawah AS$46.78 setong atau sebanyak 77 sen iaitu 1.6 peratus berbanding kedudukannya sebelum ini.
Pentadbiran Maklumat Tenaga AS, berkata inventori AS meneruskan kejatuhan untuk tempoh tujuh minggu berturut-turut menyaksikan kekurangan 8.95 juta tong minggu lalu kepada 466.5 juta tong iaitu paras terendahnya sejak Januari 2016.
Jika termasuk dengan rizab kecemasan, simpanan minyak berada pada 1.15 bilion tong iaitu paras terendahnya sejak Oktober 2015.
Namun, apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya apabila harga minyak petrol, khususnya yang paling ramai digunakan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana – RON95 – terus melonjak sejak empat minggu berturut-turut.
Pada 29 Mac lalu, kerajaan telah melaksanakan kaedah pengapungan terkawal penetapan harga jualan runcit minyak petrol dan diesel secara mingguan, berbanding sebulan sebelum ini.
Malah, sebelum kerajaan menarik balik subsidi minyak, harganya kekal bertahun-tahun di bawah paras yang tidak membebankan rakyat, seperti sekarang.
Mungkinkah, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, harga minyak petrol akan diturunkan dan jika kerajaan yang ada sekarang kekal memerintah, harganya akan naik semula – itulah satu persoalan yang perlu diingati. - ismaweb

Subscribe to receive free email updates: