SHAH ALAM – Golongan belia Cina didapati jarang menyertai dialog Transformasi Negara 50 (TN50) berbanding kaum-kaum lain di negara kita.
Tempoh akhir bagi firma pelaburan negara 1MDB untuk membayar RM2.58 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) berhubung perjanjian penyelesaiannya luput hari ini.
Bayaran tersebut sepatutnya dibuat pada 31 Julai tengah malam, waktu New York, yang bermaksud 1MDB mempunyai sehingga 12 tengahari di Malaysia hari ini untuk berbuat demikian.
Ini adalah urusniaga luar negara pertama yang penting buat 1MDB, selain dari pelupusan aset, sejak skandalnya bermula pada 2015, dan sejak Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil untuk merampas aset AS$1.7 bilion berkaitan dengan 1MDB.
Pembayaran yang dijadualkan ini adalah yang pertama dari 1MDB kepada IPIC. Urus niaga kedua yang sama perlu dibayar pada 31 Disember tahun ini.
Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah AS$1.205 bilion (RM5.16 bilion) sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persatuan-persatuan belia Cina perlu menggalakkan golongan belia Cina bersikap lebih agresif untuk menyertai dialog TN50 yang amat penting dalam menentukan masa depan negara.
“Melalui dialog TN50 ini, ia memberikan peluang kepada golongan belia memberikan pandangan dan cadangan terhadap pembangunan negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.
“TN50 tidak boleh hanya ada pandangan daripada satu kaum sahaja. Banyak program dan aktiviti TN50 ketika ini hanya disertai oleh belia bukan Cina. Tidak ramai belia Cina yang didapati hadir bersama,” kata Tiong Lai seperti disiarkan dalam China Press.
Kata Tiong Lai, pertubuhan belia Cina seperti Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) seharusnya menggalakkan ahlinya secara ramai-ramai menyertai pentas yang penting seperti dialog TN50 ini.
“YMM boleh memasuki universiti dan kolej tempatan dengan mendekati golongan pelajar sekali gus mendapatkan pandangan daripada mereka,” katanya