Ayah "Saman Sekolah Dan Guru", Dakwa Gagal Selesaikan Kes Buli ! kabarmalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Seorang ayah mengheret sebuah sekolah swasta dan gurunya ke mahkamah, selepas mendakwa pihak sekolah gagal mengambil tindakan menyelesaikan kes buli membabitkan anak lelakinya berumur 7 tahun.
Fairul Ramzi turut menamakan anaknya, Agung Ishmael Fairul dalam saman semalam, mendakwa sekolah dan guru cuai dan gagal menghalang serangan di dalam bilik darjah, dan gagal mengambil tindakan yang perlu untuk menyelesaikan masalah buli anaknya.
Mereka menuntut ganti rugi am dan khas sebanyak RM6,099.70 daripada sekolah dan guru.
Ganti rugi itu untuk yuran rawatan perubatan anaknya selepas dia diserang dan juga pembayaran balik yuran sekolah.
Fairul mendakwa sekolah swasta itu yang terletak di Setapak itu gagal mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan Agung di dalam kelas.
“Pada 1 Jun, anak saya ditendang di belakang dan digigit di pipinya oleh rakan sekelas di dalam bilik darjah.
“Guru hanya berada beberapa meter dari tempat Agung dibuli oleh rakan sekelas seperti yang kita lihat di CCTV,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.
Dia mendakwa anaknya luka di pipi kiri dan bawah akibat serangan itu yang berlaku pada Jun.
Fairul berkata ia bukan kali pertama Agung dibuli, tetapi berlaku sejak September tahun lepas.
“Kami pernah mengadu kepada sekolah mengenai insiden pada Jun dan juga 4 kejadian sebelumnya, tetapi kami tidak puas hati dengan cara pihak sekolah mengendalikannya,” katanya.
Fairul juga berkata beliau membuat laporan polis terhadap sekolah dan guru namun tiada tindakan diambil.
Fairuz, seorang pegawai komunikasi, memberitahu pemberita anaknya kini mengikuti pembelajaran dari rumah.
Katanya, Agung pernah ditampar dan ditusuk rakan sekelasnya yang lain menggunakan pensil, sementara buku-buku dilemparkan kepadanya.
“Pada mulanya saya fikir ia tidak berbahaya dan saya memberitahunya yang dia boleh mengendalikannya sebab saiz badannya yang besar.
“Tetapi saya salah,” katanya, sambil menambah anaknya tidak melawan balik.
Fairuz berkata sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil tindakan segera sekiranya anak mereka mengadu dibuli.
Beliau berkata tidak mahu mendapat apa-apa daripada tuntutan mahkamah kerana hanya mahu insiden seperti itu tidak berlaku ke atas murid lain. #sumber

Subscribe to receive free email updates: