UMNO BN MN WAJIB MEMPERKASAKAN FUNGSI BIRO UNDANG2 PARTI...
Menjawab, memberi penjelasan bilamana berbangkit sesatu isu memang satu perkara yg mesti dilakukan oleh parti... perkara ini mesti dilakukan secara berterusan, samada oleh pimpinan parti, atau oleh pihak yg mempunyai autoriti utk bercakap tentang isu yg dibangkitkan itu...
Namun, seperkara lagi yg mesti mula diberikan perhatian oleh pimpinan dan parti adalah, adakah cukup dengan hanya menjawab dan memberi penjelasan bilamana berbangkit sesatu isu?
Bagi aku, sudah sampai masanya untuk parti, samada UMNO BN mahupun Muafakat Nasional menjadi lebih tegas dan tidak lagi memandang remeh bilamana berbangkit isu, apatah jika isu tersebut merupakan isu recycle... bukan itu saja, perhatian juga mesti mula diberikan terhadap perkara yg berbaur fitnah, isu2 yg langsung tidak benar, isu2 separuh masak yg cuba nak dimainkan dgn niat yg jahat mahu memanipulasi pemikiran rakyat, ataupun isu2 berbentuk propaganda yg biasanya berselindung di sebalik tanda soal...
Kebanyakan perkara yg disebut dia atas sebenarnya sudah dijawab dan diperjelaskan, bukan sekali, malah berulang kali... bukan itu saja, ada juga isu yg dibangkitkan sebenarnya sudah diputuskan dan dijawab melalui tndakan undang2 di mahkamah... namun malangnya, masih ada pihak yg gemar memainkan semula isu2 seperti itu, sudah tentu dgn niat yg jahat iaitu mahu mempengaruhi semula masyarakat yg barangkali belum pernah mengetahuinya sebelum ini...
Seolah olah tidak ada mana2 pihak yg boleh bertindak mengekang atau menyekat perbuatan kumpulan jahat ini setiap kali mereka cuba mencetuskan semula isu2 lapuk yg hakikatnya sudahpun selesai ataupun dijawab...
Lihat bagaimana bekas timbalan menteri kewangan era PH, Dato Amiruddin yg cuba membangkitkan isu hutang 1mdb, yg ditokok tambah dengan dakyah yg jelas terpesong dan penuh penipuan...
Begitu juga apabila melihat kaedah media2 sosial pro PH seperti SSTDM dan lain2... mereka juga kerap mengulang ulang berita2 yg sudah terbukti sbg tidak benar, cerita2 fitnah dan sebagainya...
Tak ketinggalan bilamana membaca laporan2 yg dikeluarkan oleh lidah rasmi PH, MalaysiaKini... mereka kerap memuatnaik cerita yg separuh masak, memberi highlight kpd perkara yg tidak sepatutnya, menjadikan spekulasi mereka sebagai tajuk2 berita dan sebagainya...
Sampai bila UMNO BN nak membiarkan hal seperti ini berterusan? Bukankah sudah sampai masanya untuk parti melalui Biro Undang2, ataupun apa juga jawatankuas yg wujud untuk memikirkan apakah tidakan selanjutnya yg wajar diambil kpd golongan2 jahat seperti ini...
Jika perlu saman, mesti saman... jika boleh dibuat laporan polis utk mana2 akta yg bersesuaian, mesti dibuat laporan... jika boleh dikenakan perintah bon berkelakuan baik, teruskan...
Umno BN dan MN mempunyai ramai peguam dan pengamal undang2 yg hebat... ini lah cara untuk para peguam khususnya peguam muda UMNO menzahirkan komitmen serta sumbangan mereka kpd parti... jadikan ia sebagai 1 tanggungjawab sosial demi parti... berikan khidmat guaman terbaik tanpa mengharapkan sebarang pembayaran... ambil tindakan setegas mungkin kpd golongan2 yg berlidah jahat yg berada di luar sana...
Biar mereka takut dan jadi lebih bertanggungjawab setiap kali mahu mencetus atau menyebarkan sebarang cerita yg diragui kesahihannya... s3lagi tiada tindakan dari kita, selagi itulah mereka akan terus melampau dalam mencetuskan fitnah terhadap parti UMNO BN, Muafakat Nasioanl dan juga kpd kepemimpinan kita...
#AriffSMB