DAP Hantar MatChai Untuk Dedah Lantikan Politik Dalam GLC Oleh PPBM... Perang DAP Dengan Tun Mahathir BERMULA!!! kabarmalay3.blogspot.com


DAP YANG RAKUS MELEBARKAN KUASA DAN PENSYARAH UM YANG RASIS

Prof Dr Edmund Terence Gomez, atau nama penuhnya Prof Dr Edmund Terence A/L Eric Boniface Gomez, pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, dilaporkan secara meluas menghentam BERSATU yang didakwa “sedang melaksanakan apa yang pernah dilakukan oleh UMNO, menggunakan sistem sama, permainan yang sama” dengan membuat lantikan politik ke syarikat milik kerajaan yang dikuasai olehnya.

Hujah utama yang beliau gunakan adalah:

(1) Lantikan Dato’ Sazmi Miah, calon BERSATU yang kalah di P29 Machang, dan Dr Aminuddin Yaacob, calon BERSATU yang kalah di N37 Air Lanas, sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

(2) Lantikan Dato’ Zulkifli Mohamad, calon BERSATU yang kalah di N15 Ladang, dan Dato’ Seri Wan Marzuki Wan Sembok, calon BERSATU yang kalah di N30 Kijal, sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Tidak dinafikan bahawa lantikan politik ke agensi-agensi kerajaan adalah bercanggah dengan Janji 22 Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi 

“Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat milik kerajaan nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka”.

Begitupun, apa yang kita mahu persoalkan ialah mengenai sikap rasis Prof Gomez ini ibarat “kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak” ekoran tindakan beliau hanya menyerang BERSATU tetapi tidak pula menyerang DAP sedangkan yang jauh lebih banyak membuat lantikan politik ke syarikat milik kerajaan yang dikuasai olehnya ialah DAP.

Berikut adalah sebahagian lantikan politik ke syarikat milik kerajaan utama membabitkan pemimpin yang memegang jawatan tinggi dalam DAP Pusat dan DAP Negeri, dengan majoriti daripadanya adalah sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP:

(1) Lantikan Ahli Parlimen DAP P89 Bentong, Wong Tack, yang merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang, sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018. Boleh rujuk laporan ini: MalaysiaKini

(2) Lantikan Ahli Parlimen DAP P110 Klang, Charles Santiago, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018. Boleh rujuk laporan ini: Free Malaysia Today

(3) Lantikan Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018. Boleh rujuk laporan ini: The Borneo Post

(4) Lantikan Ahli Parlimen DAP P172 Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, yang merupakan Setiausaha DAP Sabah, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019. Boleh rujuk laporan ini: Malay Mail

(5) Lantikan Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019. Boleh rujuk laporan ini: Bernama

(6) Lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP N28 Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019. Boleh rujuk laporan ini: MalaysiaKini

(7) Lantikan Ahli Parlimen DAP P64 Ipoh Timor, Wong Kah Woh, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Setiausaha DAP Perak, sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019. Boleh rujuk laporan ini: The Star

(8) Lantikan Ahli Parlimen DAP P211 Lanang, Alice Lau, yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP Sarawak, sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019. Boleh rujuk laporan ini: MalaysiaKini

Mengapa mereka yang menyerang Naib Canselor UM sebagai rasis tidak pula menyerang pensyarah dari UM ini sebagai rasis kerana menghentam pemimpin-pemimpin Melayu sahaja tetapi mendiamkan diri dari menyentuh pemimpin-pemimpin bukan Melayu sedangkan yang jauh lebih rakus melebarkan kuasa mereka adalah pemimpin-pemimpin bukan Melayu?

Kamarul Yusoff

Subscribe to receive free email updates: