Media hubungi Universiti Nottingham di England nak check ijazah Najib, jawapan universiti menghampakan kabarmalay3.blogspot.com



Saya terbaca satu laporan media pagi ini.

Media menulis kepada Universiti Nottingham di England dan tanya jika saya benar-benar graduan dari sana.
Bersungguh mereka. Tak pula mereka menulis kepada National University of Singapore dan Australian Society of Accountants.
Apapun, pihak universiti telah membalas media berkenaan.
Universiti itu dah sahkan saya peroleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri pada tahun 1974.
Ya, saya memang graduan dari sana.
Sekolah rendah dan sekolah menengah saya ialah Institusi St. John di Kuala Lumpur.
Selepas itu, saya sambung di Kolej Lelaki Malvern di England.
Kemudian, saya belajar di Universiti Nottingham dan berjaya mendapat BA Hons Industrial Economics dari sana.
Dapat Ijazah dengan kepujian.
Tahun 2004, Universiti itu juga anugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Undang-Undang kepada saya.
(Gambar itu saya pakai buat display pic)
Bertahun-tahun, saya difitnah oleh PH bahawa saya bukan graduan.
Kini sudah dijawab oleh media dan pihak Universiti.
Media itu bagus. Mereka sanggup mencari kebenaran.
Mengapa PH tidak pernah mahu buat demikian?
PH tak ada emel ke? Tak tahu pakai telefon ke? Atau hanya ada Wechat?
UK tak main Wechat lah.
Minggu lepas, saya cuba cari sijil ijazah saya di rumah tetapi tak berjaya.
Mungkin tertinggal apabila saya meninggalkan Seri Perdana selepas tewas PRU14.
Oleh itu, saya telah menulis kepada Universiti saya untuk mendapatkan sijil gantian.
Mereka jawab akan kirim kepada saya dalam masa sekitar satu minggu.
Apabila saya terima, saya akan muatkan gambar sijil itu di FB ini.
Lepas itu, saya ingin tengok.
Apa lagi mahu fitnah
Oleh : Najib Razak

Subscribe to receive free email updates: