Azmin, Rafizi mesra jalan beriringan kabarmalay3.blogspot.com


Hari ini menyaksikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bertembung di pintu masuk bilik sidang media, Ibu Pejabat PKR.
Mereka dilihat jalan beriringan memasuki bilik media sambil senyum dan ketawa.
Sementara menunggu ketibaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berdua berbual mesra membincangkan perihal bilik media PKR yang perlu ditukar.
“Dulu tak ramai macam ni, sekarang kita kena tukar ni, kasihan jurufoto sempit nak buat kerja,” kata Rafizi kepada Azmin.
Sebelum ini, media hangat melaporkan kenyataan balas antara Rafizi dan Azmin selepas didakwa berlaku pertindihan kem menjelang pemilihan jawatankuasa pusat parti itu.
Bagaimanapun, pertemuan hari ini memberikan satu pentanda dan isyarat hubungan mereka tidaklah seperti yang diperkatakan media.-FMT 

Subscribe to receive free email updates: