PH TIDAK STABIL, TUNGGU MASA PECAH, tuduh menuduh sama sendiri kabarmalay3.blogspot.com


KLANG: Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan wujud konspirasi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Katanya, beliau menghantar surat permohonan maaf ke Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan situasi itu, pagi tadi.

Saya bangkit (isu itu) sehingga ia menjatuhkan nama baik Dr Mahathir.

“Kenyataan itu tidak benar,” katanya dalam sidang media di pusat khidmatnya di Kapar, hari ini.

Semalam, Anwar mengarahkan Sani memperbetulkan dakwaan mengaitkan Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, di belakang kempen menghalangnya menjadi perdana menteri.

“Saya beritahu beliau yang dakwaan itu tidak berasas dan menasihatkan beliau membuat pembetulan terhadap kenyataannya.”

Sani menerusi ucapannya dalam siri ceramah di Seremban pada 11 Ogos lalu mendakwa Daim dan Dr Mahathir bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali cuba menghalang Anwar menjadi perdana menteri seperti dipersetujui pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum ke-14.

Adun Ijok, Dr Idris Ahmad pula mendakwa Dr Mahathir dan Daim “menaja” beberapa pemimpin PKR untuk memusnahkan parti itu dari dalam. Perdana menteri menyangkal semua dakwaan itu dengan meminta pihak terbabit menunjukkan bukti.

Sani berkata, Anwar menghubunginya sendiri untuk menjelaskan situasi sebenar dan beliau kini memahami peralihan kuasa antara 2 pemimpin itu.

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran bicara, semoga kebimbangan saya dan cubaan menggagalkan usaha peralihan kuasa tersebut tidak benar.

“Setelah saya diberikan nasihat dan penjelasan…saya memahaminya. Saya yakin Dr Mahathir mampu laksanakan konsensus itu.”

Beliau berharap tiada konspirasi terhadap persetujuan antara pimpinan PH untuk melantik presiden PKR itu sebagai pengganti Dr Mahathir.

Beliau memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak mengganggu atau campur tangan dalam peralihan kuasa itu.

“Jangan ada pihak yang tidak mempunyai locus standi menyekat atau konspirasi menidakkan konsensus dalam kapal PH. Saya ingin tegaskan mereka yang di luar sana yang tidak ada kaitan jangan campur tangan.”

Sani turut menawarkan kerusi Kapar kepada Anwar untuk memberi laluan kepadanya ke Parlimen.

“Bukan sahaja tapak tangan saya tadahkan, tetapi periuk kuali saya tadahkan. Anwar ini bukan ahli Parlimen biasa nanti, beliau adalah perdana menteri, maka saya yakin rakyat Kapar akan berbesar hati.”

Subscribe to receive free email updates: