SIAPA NUMAN AFIFI : SYED SADDIQ TIDAK TAHU ATAU DIA SEDANG MENIPU? kabarmalay3.blogspot.com



SIAPA NUMAN AFIFI : SYED SADDIQ TIDAK TAHU ATAU DIA SEDANG MENIPU?

Numan Afifi adalah Presiden dan pengasas Pelangi Campaign sebuah NGO kumpulan pendesak LGBT, mengemukakan beberapa cadangan supaya SDG dijadikan fokus dan bagaimana kemajuan kumpulan LGBT telah dicapai berasaskan Millennium Development Goals (MDG) PBB sebelum ini. 

Beliau yang juga Ketua Organisasi DAPSY Subang, mengemukakan topik perbincangan di dalam TWT_LGBT, twitter kumpulan LGBT tempatan, tentang apa yang komuniti tersebut jangkakan menjelang tahun sasaran 2030.

Bagaimana invidivu yang terlibat dengan aktiviti songsang LGBT sebegini diberikan ruang didalam kementerian. Penafian Syed Saddiq tidak kukuh, ia tidak menjawab langsung kenapa nama Numan Afifi boleh dimuat naik di laman sesawang rasmi kementerian belia dan sukan sebagai pegawai khas.  

Apakah pendirian Syed Saddiq, apakah anda tidak kisah sesiapapun yang dilantik untuk menjadi pengawai kementerian ?

Rakyat Malaysia mahukan anda pecat dan jangan sesekali melantik orang songsang untuk berada di dalam kementerian. Jangan bazirkan duit rakyat untuk membayar gaji mereka !

- GPS 

Subscribe to receive free email updates: